Pengenalan
Masalah seksual timbul apabila seseorang itu gagal untuk menikmati kepuasan dalam aktiviti seksual. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila seseorang itu telah berusia atau mempunyai pelbagai penyakit fizikal.
Antara punca kepada masalah seksual termasuk:
- Penyakit fizikal seperti kencing manis, penyakit ginjal, penyakit di sekitar kawasan organ peranakan dan kemaluan serta kecederaan.
- Penyakit mental seperti kemurungan, resah dan takut, selepas trauma, tekanan dan sebagainya.
- Penggunaan arak, dadah atau merokok
- Faktor sosial
- Kesan sampingan ubat
- Putus haid
Gejala dan tanda-tanda amaran
Antara masalah seksual yang sering dialami termasuk:
- Hilang nafsu syahwat
- Lelaki:
- Mati pucuk
- Pancutan pramatang
- Perempuan:
- Sakit semasa melakukan persetubuhan
- Gagal mencapai kemuncak
Kesan dan akibat
Masalah seksual boleh memberi kesan yang mendalam kepada perhubungan suami isteri. Ia boleh mengakibatkan perasaan rendah diri, hilang keyakinan diri, resah-gelisah yang boleh merencatkan lagi keintiman hubungan seksual pasangan berkenaan. Ramai pasangan menjadi murung akibat daripada masalah seksual yang dialami.
Rawatan
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah seksual
- Mendapatkan bantuan pakar
- Doktor boleh menjalankan beberapa pemeriksaan bagi menentukan punca masalah seksual.
- Kaedah rawatan yang diberikan banyak bergantung kepada punca masalah seksual yang dialami.
- Penglibatan positif pasangan amat penting di dalam menentukan kejayaan mengatasi masalah seksual yang dialami
Pencegahan
Masalah seksual boleh dicegah melalui beberapa pendekatan berikut:
- Amalkan gaya hidup yang sihat – hindari rokok atau menyalah guna dadah atau arak; kawal berat badan; elakkan sebarang kecederaan pada anggota badan.
- Patuhi nasihat dan rawatan yang diberikan bagi merawat penyakit fizikal atau mental.
- Amalkan kehidupan seksual yang sihat dan selamat
- Kendali stres atau tekanan secara berkesan(Pengurusan stres)
Pemulihan
- Senaman menguatkan otot-otot pinggul
- Teknik relaksasi
Kumpulan sokongan
Pertubuhan Psikiatri Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia
Pertubuhan Urologi Malaysia
Persatuan Menopos Malaysia
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Farahida binti Md Dai |
Penyemak | : | Dr. Zarina Zainan Abidin |