Memberus Gigi bagi Kanak-Kanak
Membantu Memberus Gigi Bagi Orang Kurang Upaya
Memberus Gigi Kanak-Kanak
Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyapu fluorida yang kepada bahagian gigi. Permulaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.
Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi dengan berkesan adalah penting untuk:
- Mencegah penyakit gusi
- Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tabiat membersih mulut harus disemai dari sejak lahir.
Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
- Untuk bayi
|
- Untuk kanak-kanak
|
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
- Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
- Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
- Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
- Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.
Memberus Gigi bagi Remaja
Mengapa perlu memberus gigi ?
Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Gigi dan gusi yang sihat menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.
Kepentingan memberus gigi
Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu membersihkan sisa makanan dan plak gigi. Ini dapat mencegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis)
Bilakah berus gigi perlu ditukar?
Ya, berus gigi perlu ditukar:
- Apabila bulu berusnya mula kembang atau rosak.
- Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.
- Selepas 3 bulan penggunaannya.
Berapa kerap gigi perlu diberus?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit
Bagaimana memilih berus gigi yang baik?
Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut :
- Saiz yang sesuai dengan mulut
- Pemegang yang selesa dan teguh
- Bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat
Apakah cara terbaik untuk memberus gigi?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan :
- Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
- Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.
- Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
- Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
- Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
Adakah petua-petua yang lain?
- Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
- Jangan berkongsi berus gigi
- Gunakan ubat gigi berfluorida
- Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus
- Sekiranya menggunakan pendakap gigi, sila guna berus gigi ortodontik.
Memberus Gigi bagi Orang Dewasa
Pengenalan
Memberus gigi dengan berkesan adalah langkah utama untuk menjaga kesihatan pergigian. Kesihatan Pergigian adalah penting untuk memastikan kehidupan yang berkualiti .
Mempunyai kesihatan pergigian yang sihat membolehkan seseorang;
- Makan dengan baik
- Bercakap dan menyebut perkataan dengan betul
- Menyumbang kepada kelihatan wajah yang sempurna
- Menyumbang kepada keyakinan diri dan keyakinan orang lain terhadap kita
- Mengurangkan episod kejadian rasa sakit akibat gigi rosak.
Kepentingan memberus gigi
- Mengelak mulut berbau busuk dan rasa tidak selesa
- Mengeluarkan sisa-sisa makanan dan bakteria yang sentiasa membentuk di dalam mulut
- Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Bilakah harus kita memberus gigi?
Amalan yang baik adalah memberus dan membersihkan gigi kita secara berkala setiap hari :
- Berus diwaktu pagi, tengah hari dan malam sekira boleh
- Waktu pagi : sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum bersarapan pagi
- Waktu petang dan malam : sebaik-baiknya setiap kali selepas makan
- Waktu malam : sebelum tidur adalah dimestikan
- Paling tidak , gigi harus diberus sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Waktu pagi sekali dan waktu malam sebelum tidur sekali lagi.
- Jangkamasa memberus gigi digalakkan adalah sekurang-kurangnya 2-4 minit setiap sesi untuk memastikan semua permukaan gigi dibersihkan dengan berkesan
Apakah petua memberus gigi yang baik?
- Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
- Jangan berkongsi berus gigi
- Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi dari serangan asid
- Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan ditempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria.
Adakah memberus gigi sahaja sudah cukup untuk membersih gigi?
Tidak.Ini adalah kerana kekotoran dicelah-celah gigi sukar dibersihkan dengan secara memberus sahaja.Oleh itu ikutilah dengan penggunaan flos gigi (benang khas pergigian) untuk pembersihan kawsasn celah-celah gigi selepas tamat memberus gigi untuk mendapatkan kesan yang lebih menyeluruh.
Apakah jenis berus gigi yang terbaik?
Apabila memilih berus gigi , pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:
- Saiz yang sesuai dengan mulut anda
- Pemegang yang selesa dan teguh
- Bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat
- Bulu yang keras harus dielakkan kerana boleh mencederakan gusi dan menghakis permukaan gigi
Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Tukar berus gigi anda :
- apabila bulu berus mula kembang atau haus. Bulu yang haus dan kembang tidak berkesan untuk pembersihan
- selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk, adalah lebih baik untuk menukar berus gigi
- sekira tidak, adalah disyorkan berus gigi diganti setiap 2-3 bulan(maksima)
Apakah cara terbaik yang terbaik unutk memberus gigi anda?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang berkesan :
- Berus pada semua bahagian gigi, iaitu bahagian luar, dalam ,atas permukaan gigi dan celah-celah gigi.
- Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
- Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan ke hadapan.
- Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
- Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
Haruskah lidah diberus juga?
- Ya, lidah pun harus diberus juga kerana sisa-sisa makanan dan bakteria mudah melekit dibahagian papila lidah anda .
- Untuk memberus lidah, pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
Membantu Memberus Gigi Bagi Orang Kurang Upaya
Bagaimanakah kita boleh membantu golongan kurang upaya untuk memberus gigi?
- Golongan kurang upaya memerlukan bantuan untuk memberus gigi dengan sempurna
- Berus gigi berkuasa bateri boleh membantu memberus gigi mereka dengan baik.Selain itu , ianya juga memberi kesan urutan kepada gusi
- Bagi mereka yang spastik, pemegang berus gigi boleh diubah suai supaya mudah dipegang
- Walaubagaimanapun, penjaga harus membantu mereka yang kurang upaya semasa memberus gigi supaya ketelitian dan kebersihan yang sempurna dapat dicapai.
Apakah posisi yang terbaik untuk membantu mereka memberus gigi?
Dua kedudukan yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang kurang upaya memberus gigi adalah
- Secara dudukOrang kurang upaya duduk di kerusi. Anda berdiri di belakangnya sambil memaut kepala dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi memberuskan gigi.
- Secara mengiringBaringkan orang kurang upaya secara mengiring dan kepalanya berada di atas pangkuan anda. Berus dengan berkesan. Sekiranya perlu, gunakan gauze untuk mengelapkan tempat yang agak sukar diberus.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar |
Dr. Sharol Lail Sujak | ||
Dr. Laila bt. Abd. Jalil | ||
Penyemak | : | Dr. Sharol Lail bin Sujak |