A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Minda Anda
  8. /
  9. Membuat Keputusan

Membuat Keputusan

Apa itu membuat keputusan?

Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat

  • Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam kehidupan
  • Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan dari mengambil keputusan secara terburu-buru
  • Membuat keputusan adalah satu cara untuk mengubah kehidupan anda
  • Tiada sesiapa yang boleh membuat keputusan yang tepat pada setiap masa, tetapi dengan membentuk kemahiran membuat keputusan di dalam diri, kejayaan anda dapat dipertingkatkan
  • Sebagai seorang remaja, anda perlu membuat pelbagai keputusan
  • Keputusan selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan keluarga, rakan dan persekitaran anda

Apakah keputusan yang baik?

Membuat satu keputusan yang baik memerlukan kesabaran dan pemikiran yang berhati-hati.

Membuat keputusan yang baik adalah satu penyelesaian masalah mengikut pendekatan langkah demi langkah dan memilih satu strategi untuk bertindak Kemahiran dalam membuat keputusan dapat membantu melindungi anda dalam pelbagai situasi.

 

Apakah yang mempengaruhi anda membuat keputusan?

Pemikiran dan emosi individu

  • Keputusan anda banyak dipengaruhi oleh emosi semasa anda membuat keputusan.
  • Emosi anda mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anda.
  • Bila anda mengalami emosi positif, anda akan tercenderung untuk memandang rendah emosi negatif akibat dari tindakan anda itu.
  • Apabila anda mengalami emosi negatif, anda akan lebih cenderung untuk fokus kepada masa yang terdekat dan hilang gambaran keseluruhannya.
  • Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk membuat keputusan.
    • Ada yang gemar mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan
    • Ada yang bergantung kepada rasa hati dan terus membuat keputusan
    • Ada juga yang sering mengubah keputusan mereka sehingga menyebabkan mereka sering kali tidak dapat membuat keputusan

Sosial

  • Tekanan sosial atau masa yang terhad mungkin akan memberi gangguan dalam membuat keputusan.
  • Keputusan kamu mungkin berbeza dengan orang dewasa.

Rakan sebaya

  • Rakan sebaya boleh mempengaruhi dalam membuat keputusan anda.
  • Anda boleh membuat keputusan yang baik dan buruk berdasarkan idea-idea rakan sebaya anda.
  • Adalah penting untuk anda difahami bahawa keputusan anda untuk memilih rakan. Peranan mereka akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku anda.

Masyarakat

  • Keputusan yang anda buat mungkin tidak berkesan tanpa melibatkan komuniti dan jiran tetangga anda.

Media

  • Pemikiran dan tingkah laku anda dalam membuat keputusan mungkin dipengaruhi oleh media.

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Hjh. Normah Che Din
Penterjemah : Dr. Hamdan Buyong
Akreditor : Dr. Marina Md. Sam / En. Ali Puteh

Artikel Berkaitan

Penjagaan Haid

Remaja perlu menjaga kebersihan faraj dengan membersihkannya setiap hari agar sentiasa bersih

Dismenorea

Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia