A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengandung Kembar

Bagaimana kandungan kembar terjadi

Ada 2 jenis kembar: seiras dan tak seiras.

Kembar seiras berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan 2 embrio.  Embrio akan membahagi menghasilkan  dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk.

Kembar tak seiras berlaku apabila 2 telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma (suami).  Ini menghasilkan 2 embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya terhasil 2 orang bayi.

Kembar seiras berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa i.e. lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan), tetapi sebaliknya bagi kembar tidak seiras.  Jantina bagi kembar tak seiras boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama (lelaki-perempuan).

Apakah faktor yang boleh mendapat kembar

Sesetengah wanita lebih cenderung mendapat kembar lebih-lebih lagi:

  1. Umur linkungan 30an atau lebih tua
  2. Mengambil ubat kesuburan sebelum mengandung
  3. Menjalani prosidur IVF (bayi tabung uji)
  4. Ras: kembar lebih kerap di kalangan wanita kulit hitam (Africa) dari wanita Asia atau Eropah (kulit putih)
  5. Kaum keluarga (ibu, bapa, kakak dan seumpamanya) pernah mengandung kembar.

Faktor-faktor di atas meningkatkan kebarangkalian si ibu mendapat kembar tak seiras tetapi bukan kembar seiras

Bagaimana doktor/bidan tahu yang saya mengandung kembar

Apabila doktor/bidan memeriksa perut anda, mereka akan merasa dan mengira saiz rahim anda.  Selalunya saiz rahim mengandung kembar adalah lebih besar dari tarikh mengandung.  Doktor juga boleh membuat ultra bunyi untuk melihat bilangan bayi dalam rahim.  Kembar seiras mempunyai jantina yang sama dan boleh dilihat semasa ultra bunyi.  Semasa ultra bunyi juga, doktor juga akan melihat kedudukan uri.

Perlukah saya menjalani rawatan prenatal

Anda perlu berjumpa dengan doktor dan membuat booking (daftar) dengan klinik kesihatan yang berhampiran.  Mengandung kembar mempunyai risiko yang lebih berbanding mengandung biasa.

Antara risiko mengandung kembar adalah kelahiran pramatang (kurang dari 37 minggu).  Bayi yang pramatang adalah lebih kecil dan mungkin perlu tinggal di hospital lebih lama selepas bersalin.  Ibu yang mengandung kembar juga boleh mudah mendapat darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung.

Bagaimana dan dimanakah patut saya melahirkan anak saya

Memandangkan risiko semasa mengandung dan bersalin lebih bagi bersalin kembar seperti tumpah darah, ibu mesti melahirkan anak kembar di hospital.  Jika si ibu dan bayinya sihat dan kepala bayi yang pertama adalah di bawah, maka si ibu mungkin boleh bersalin secara normal.

Akan tetapi jikalau sebaliknya, pembedahan C-Section perlu dilakukan untuk bersalinkan bayi kembar tersebut.

Boleh bayi kembar menerima susu ibu

Si ibu digalakkan menyusu anak-anak mereka dengan susu ibu. Susu ibu mencukupi untuk bayi-bayi mereka.  Kalau ibu bersalin pra-matang, susu ibu boleh dipam dahulu untuk diberi kepada bayi kemudian. Si ibu boleh digalakkan berjumpa dengan kaunselor laktasi untuk mendapat pertolongan dan nasihat menyusu anak kembar mereka.

Agak sukar menjaga bayi kembar dan ini boleh memberi tekanan yang berlebihan dan meletihkan si ibu, maka itu, ibu yang bersalin kembar perlu mendapat bantuan dari suami, ibu bapa atau ahli-ahli keluarga serta kawan-kawan mereka supaya stress ini dapat dikurangkan.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
Akreditor : Dr. Haris Njoo Suharjono
Penyemak : Dr. Rafaie bin Amin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia