Soalan 1 Bahagian dalam mulut anak saya ada ulser dan gusinya bengkak sehingga dia tidak mahu makan/minum susu. Apakah yang perlu saya lakukan? Jawapan 1 Kemungkinan anak anda mengalami jangkitan virus herpetic gingivo stomatitis yang disebabkan oleh virus herpes ataupun herpangina yang disebabkan oleh virus Coxsackie A. Memandangkan ianya disebabkan oleh virus, penyakit ini kebiasaaannya akan sembuh sendiri. Hanya rawatan sokongan diperlukan.
Jika anda khuatir tentang tahap kesihatan anak anda, sila bawa anak anda ke klinik kesihatan supaya status hidrasi anak anda boleh dipantau dan dirujuk kepada pakar kanak-kanak (jika perlu). Anak anda perlu juga dibawa kepada Doktor gigi untuk memastikan penjagaan kesihatan mulut yang optimum. Semua tindakan yang dilakukan dapat mengurangkan tanda dan gejala yang dihidapi anak anda. Semakan Akhir: 23 September 2014 |
Permainan Kesihatan
Aktiviti Fizikal Amalan Kitar Semula Bobo Buster Bug Hunt