Pengenalan
Telinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga adalah berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga.
Sebab-sebab utama telinga berair ialah jangkitan dengan cecair keruh atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah atau berlubang
Sebab-sebab utama telinga berair :
- “Swimmers ear”- biasa berlaku pada perenang-perenang dan menunjukkan gejala kegatalan, bersisik, kemerahan dan kelembapan saluran telinga.
- Jangkitan;
- “otitis externa” (telinga luar dan cuping telinga)
- “otitis media” (rongga telinga tengah)
- “mastoiditis” (rongga-rongga mastoid)
- Kecederaan daripada hentakan pada kepala, objek asing, bunyi yang terlalu bising, atau perubahan tekanan yang mengejut (seperti di dalam kapalterbang), mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang.
- “Eczema” dan lain-lain radang kulit pada saluran telinga boleh menyebabkan pendarahan.
- Cholesteatoma
- Tumor (ketumbuhan).
Tanda dan Gejala
Sifat-sifat lelehan memberi petunjuk kepada punca-punca telinga terbabit. Biasanya pesakit mengadu kurang pendengaran dan kesakitan. Pesakit selalunya mengadu sakit sekiranya berlaku jangkitan pada telinga luar (cuping telinga dan saluran telinga).
Tanda-tanda
Sifat-sifat lelehan
|
Penyakit telinga
|
---|---|
Berair |
|
Nanah |
|
“Mucopus” / Darah |
|
Berbau busuk |
|
Pada penyakit “otits externa” akut ; saluran telinga tersumbat akibat daripada kebengkakkan. Manipulasi pada cuping telinga menyebabkan kesakitan dan kunyahan biasanya menyebabkan ketidakselesaan. Kesakitan itu biasanya berdenyut-denyut dan kekal sehingga jangkitan dapat dikawal.
Komplikasi
Komplikasi-komplikasi yang boleh terjadi pada lelehan telinga kronik atau berkaitan dengan “cholesteatoma”. Contoh :
- Otak bernanah (nanah terkumpul di pangkal tengkorak / otak).Menyebabkan sakit kepala, pening, kebingungan, tidak sedar diri atau kelumpuhan.
- “Labyrinthitis” ( jangkitan pada organ keseimbangan & pendengaran ) menyebabkan loya, muntah, pening dan kepekakkan.
- Kelumpuhan otot muka menyebabkan muka menjadi senget
- Tulang Mastoid bernanah (nanah terkumpul di dalam rongga-rongga tulang mastoid)- kesakitan dan kebengkakan di belakang telinga
Rawatan
Rawatan awal telinga yang berair ialah pencucian (dilakukan oleh anggota perubatan yang terlatih / ENT doktor).
- Dalam keadaan “eczema” ; aplikasi setempat krim hydrocortisone 1% diperlukan
- “Furunculosis” (nanah terkumpul setempat) di dalam saluran telinga memerlukan bius setempat dan penyaliran.
- Dalam jangkitan akut, antibiotik dan ubat tahan sakit diperlukan
- Dalam “otitis media” supuratif akut, kombinasi antibiotik setempat dan ubat titik mata steroid akan mengeringkan kebanyakan lelehan telinga.
Pembedahan disarankan :
- lelehan telinga berulang
- seorang perenang
- untuk memperbaiki tahap pendengaran.
Penyakit “Otitis media” supuratif kronik, adalah merbahaya oleh itu pembedahan disarankan.
Perawatan penyakit dengan mengekalkan status pendengaran melibatkan pembedahan tulang mastoid dan telinga tengah (mastoidectomy).
Sesetengah tumor mungkin tidak boleh dirawat disebabkan metastasis sistemik (perebakan) atau tahap kesihatan yang teruk. Rawatan yang paling berkesan ialah pembedahan dan radioterapi selepas pembedahan.
Pencegahan
Pencegahan penyakit yang berulang adalah tidak mudah, pesakit dinasihati menjaga telinga supaya sentiasa kering;
- Mandi : gunakan kapas yang disapu dengan Vaseline dan diletakkan di dalam lubang telinga
- Berenang- gunakan penutup telinga silikon
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Dipak a/l Banarsi Das |
Penyemak | : | Dato’ Dr. Narizan Ariffin |