A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Telinga

Semasa proses penuaan, warga emas mungkin mengalami masalah pendengaran dan sukar mengekalkan keseimbangan badan. Perubahan ini berlaku kerana sebahagian daripada struktur di dalam telinga yang membantu pendengaran dan keseimbangan badan merosot dengan umur

Pengenalan

  • Semasa proses penuaan, warga emas mungkin mengalami masalah pendengaran dan sukar mengekalkan keseimbangan badan.
  • Perubahan ini berlaku kerana sebahagian daripada struktur di dalam telinga yang membantu pendengaran dan keseimbangan badan merosot dengan umur.
  • Tambahan pula, tahi telinga biasanya lebih mudah terkumpul di kalangan warga emas dan ini boleh mengganggu proses pendengaran.
  • Kepentingan mendengar bukan sahaja perlu untuk memahami maksud percakapan, ia juga boleh mempengaruhi interaksi, pemikiran dan kemahiran seseorang warga emas.

Tanda dan gejala

  • Tahi telinga mungkin menjadi lebih pekat dan perlu dikeluarkan dengan bantuan di kalangan warga emas.
  • Kehilangan pendengaran bunyi dengan frekuensi tinggi atau nada tinggi (presbycusis) boleh berlaku. Semasa proses penuaan, warga emas mula menyedari bahawa sesetengah bunyi peralatan muzik menjadi kurang jelas. Warga emas juga menghadapi masalah memahami percakapan wanita dan kanak-kanak kerana nada suara mereka lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Mungkin yang paling mengganggu untuk warga emas ialah orang di sekitarnya sentiasa kelihatan bercakap dengan suara yang lembut dan sukar difahami.
  • Sukar mendengar apabila terdapat kebisingan pada latar belakang (recruitment). Sebagai contoh, warga emas menghadapi masalah pendengaran terutamanya di tempat yang bising atau di tempat orang ramai.

Komplikasi

  • Masalah pendengaran mungkin mengakibatkan pengasingan sosial, peningkatan risiko sakit jiwa terutamanya syak-wasangka (paranoia) dan menjejaskan kesihatan warga emas.
  • Ia juga boleh mengakibatkan bunyi bising di telinga (tinnitus), pening dan ketidakseimbangan pada warga emas.
  • Ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan kerana kurang amaran dari segi pendengaran.

Rawatan

  • Warga emas yang mengalami masalah pendengaran perlu digalakkan untuk memakai alat bantuan-dengar.
  • Alat tersebut boleh membantu warga emas dengan masalah pendengaran mendengar dengan lebih jelas lagi.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

Sendi

Pergerakan sendi semakin perlahan dengan pertambahan umur disebabkan perubahan yang berlaku dalam sendi. Reaksi tindak balas juga turut perlahan disebabkan perubahan pada sistem saraf pusat di mana masa antara otak menerima isyarat dan tindak balas terhadap isyarat meningkat dengan umur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia