A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tekanan Darah Remaja

Anda mungkin rasa sihat dan tidak sedar yang tekanan darah anda tinggi sehingga anda membuat pemeriksaan. Apabila tekanan darah tinggi, ini mungkin bererti anda juga menghidap penyakit yang melibatkan anggota tubuh yang lain (buah pinggang atau kelenjar)

1.      Pengenalan

Adalah penting untuk anda memeriksa tekanan darah setiap kali anda berjumpa doktor. Semakin usia meningkat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan:

  • Serangan sakit jantung
  • Lumpuh (strok)
  • Buah pinggang tidak berfungsi
  • Buta

Anda mungkin rasa sihat dan tidak sedar yang tekanan darah anda tinggi sehingga anda membuat pemeriksaan.

Apabila tekanan darah tinggi, ini mungkin bererti anda juga menghidap penyakit yang melibatkan anggota tubuh yang lain (buah pinggang atau kelenjar). Doktor anda akan membuat ujian selanjutnya untuk mengesahkannya.

2.       Bagaimana ujian ini dilakukan?

  • Sekeping kain (cuff) akan dililitkan pada bahagian atas lengan anda. Ia akan disambungkan pada alat untuk menyukat tekanan darah iaitu sphygmomanometer
  • Kain tersebut (cuff) akan dipamkan dan mengembung dan anda akan rasa sedikit tekanan di kawasan sekeliling lengan
  • Doktor atau jururawat akan mendengar bacaan untuk mengesan tekanan darah anda dan sesudah itu tekanan pada ‘cuff’ tersebut akan dilepaskan
  • Ada juga alat memeriksa tekanan darah tinggi secara automatik. Mesin ini secara automatic akan mengembung dan mengempiskan lilitan (cuff). Bacaan tekanan darah anda akan tertera pada skrin mesin dalam masa beberapa saat

3.      Di manakah ujian tersebut dapat dilakukan?

Anda boleh mendapatkan ujian di:

  • Klinik doktor keluarga anda
  • Mana-mana pusat kesihatan atau poliklinik kerajaan
  • Hospital

4.      Apakah keputusan pemeriksaan tekanan darah saya?

Contohnya 115 mmHg
75

Terdapat dua bacaan pada tekanan darah anda:

  • Bacaan sebelah atas dipanggil tekanan sistolik
  • Bacaan sebelah bawah dipanggil tekanan distolik

Bacaan diukur sebagai “millimeters of mercury” atau mmHg secara ringkasnya(ketinggian tahap bacaan raksa dalam alat penyukat tekanan darah).

Tekanan darah bergantung pada:

  • Berapa banyak darah yang di pam oleh jantung anda
  • Bagaimana sempitnya saluran darah anda (rintangan)

Semakin banyak darah anda di pam dan semakin sempit saluran darah anda, semakin tinggi tekanan darah anda.

  • Bacaan sistolik adalah merujuk kepada tekanan dalam salur/pembuluh darah anda semasa jantung anda mengepam darah ke jantung.(contoh: 115 mmHg
  • Bacaan distolik pula merujuk kepada tekanan dalam salur/pembuluh darah semasa jantung anda berehat di antara masa mengepam darah ke seluruh badan(contoh: 75 mmHg)

5.      Apakah yang dimaksudkan dengan paras tekanan tinggi?

Julat bacaan tinggi dipengaruhi oleh:

  • Umur/usia
  • Ketinggian
  • Jantina lelaki atau perempuan

Remaja yang lebih dewasa dan bertubuh tinggi mempunyai bacaan tekanan darah yang lebih tinggi. Untuk remaja yang bacaan sistoliknya secara purata di atas 125 mmHg dan bacaan tekanan distolik di atas 80 mmHg perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

6.      Bagaimana untuk mengelakkan tekanan darah tinggi?

Amalan cara hidup sihat boleh menurunkan tekanan darah anda.

  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram
  • Kurangkan berat badan sekiranya anda gemuk
  • Berhenti merokok
  • Kendalikan tekanan perasaan atau stres dengan bijak
  • Melakukan senaman secara teratur

Tekanan darah boleh berubah mengikut masa dan hari. Bacaan tekanan darah yang tinggi, bermakna anda perlu melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap dan perlu mendapatkan nasihat doktor. Sekiranya tekanan darah anda sentiasa tinggi doktor akan membuat penyelidikan dan memberi rawatan.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Kauthaman a/l Mahendran
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Tahap Kolesterol Remaja

Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia