1. Pengenalan
Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi.
Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial.
Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.
Penting membuat ujian saringan untuk kolesterol sekiranya:
- Ada ahli keluarga anda mempunyaisejarah kolesterol tinggi dan penyakit jantung
Semakin kita meningkat dewasa, paras kolesterol dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan:
- Serangan jantung
- Angin ahmar (Strok)
2. Bagaimana saya boleh melakukan ujian tersebut?
Ada dua cara ujian boleh dilakukan.
3. Bilakah saya boleh menjalani ujian tersebut?
Anda boleh membuat ujian bila-bila masa anda merasa selesa, sebelum atau selepas makan.
4. Di manakah saya boleh membuat ujian tersebut?
Seandainya ada ahli keluarga anda mempunyai sejarah paras kolesterol yang tinggi atau masalah jantung, anda boleh membuat ujian di tempat berikut:
- Klinik swasta
- Klinik Kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran
- Makmal persendirian
5. Apakah dimaksudkan dengan keputusan yang tidak baik?
Nilai paras kolesterol dinilai dalam unit millimols setiap 1 liter iaitu mmol/l:
- Sekiranya keputusan di bawah 5.2 mmol/l bermakna keputusan darah anda di tahap selamat
- Sekiranya keputusan darah antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda tinggi dan perlu diturunkan
- Sekiranya keputusan di atas 7.5 mmol/l, ini menunjukkan paras kolesterol adalah sangat tinggi dan keadaan ini dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial
Apabila jumlah kolesterol dalam darah tinggi, doktor akan membuat ujian kolesterol semasa berpuasa Paras kolesterol ketika berpuasa. Ujian darah ini akan menunjukkan secara terperinci jenis kolesterol di dalam darah anda.
6. Apakah yang perlu saya lakukan jika kolesterol saya tinggi?
Anda perlu menurunkan kadar kolesterol ke paras yang rendah dan selamat, dan ini boleh dicapai secara:
- Mengambil makanan yang mengandungi kurang lemak
- Mulakan program senaman harian
- Pastikan anda mempunyai berat badan unggul
- Berjumpa doktor mengikut temujanji yang ditetapkan. Doktor akan membuat ujian darah kolesterol ketika anda berpuasa. Anda akan dinasihatkan mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah anda
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Kauthaman a/l Mahendran |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |