A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Selesema Burung

Selesema Burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus yang menyerang unggas (burung-buurng, ayam, itik dan lain-lain) dan juga haiwan seperti khinzir. Virus Selesema Burung adalah jenis yang khusus dan dalam keadaan tertentu dapat menjangkiti manusia.

Selesema Burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus yang menyerang unggas (burung-buurng, ayam, itik dan lain-lain) dan juga haiwan seperti khinzir. Virus Selesema Burung adalah jenis yang khusus dan dalam keadaan tertentu dapat menjangkiti manusia.

Negara yang mana yang telah dijangkiti oleh virus H5N1 yang berpunca dari unggas?

Bermula daripada pertengahan bulan Disember 2003 negara-negara yang tersebut di bawah telah dikenalpasti terdapat rebakan virus H5N1.

Spain
Japan
Italy
Thailand
Crotia
Cambodia
Austria
Lao People’s Democratic Republic
Hungary
Indonesia
Slovenia
China
France
Russia
Germany
Kazakhstan
Denmark
Romania
Bulgaria
Turkey
Nigeria
Greece
Egypt
Iraq
India
Azerbaijan

Dalam bulan Ogos 2004, Kelantan telah dilanda serangan wabak Selesema Burung yang melibatkan ternakan ayam itik. Pemantauan berterusan oleh Jabatan Veterinar keatas ladang-ladang ternakan ayam itik dan burung-burung hijrah bagi mengelak serangan Selesema Burung berulang.

Negara manakan Selesema Burung telah menjangkiti manusia?

Semenjak bulan Disember 2004 hingga 27 hb. Februari 2006, pengesahan makmal terhadap kes-kes melibatkan manusia telah dilaporkan di Kemboja, China Indonesia, Iraq, Thailand, Turki dan Vietnam.

Komplikasi

Serangan virus H5N1 yang berterusan diladang-ladang ternakan ayam itik akan memberi dua kesan utama terhadap kesihatan manusia:

  • Risiko pertama adalah jangkitan terus daripada ayam itik kepada manusia dan akan mengakibatkan penyakit yang serius.
  • Risiko kedua adalah lebih merbahaya, kerana virus akan bertukar wajah dan boleh berjangkit dari manusia. Perubahan tersebut boleh mencetuskan wabak keseluruh dunia atau pandemik.

Adakah virus daripada unggas mudah menjangkiti manusia?

Tidak. Walaupun lebih 100 orang telah dijangkiti semasa berlakunya wabak tetapi jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah unggas yang terlibat.

Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

  • Punca utama manusia dijangkiti virus tersebut adalah melalui sentuhan secara langsung dengan unggas yang telah dijangkiti, permukaan dan benda-benda yang tercemar dengan najis unggas tersebut. Najis merupakan sumber yang banyak mengandungi virus.
  • Untuk makluman, kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah di mana sesebuah keluarga memelihara ayam itik yang bebas dan kadang-kadang ianya boleh keluar masuk ke dalam rumah mereka atau pun berkongsi halaman dimana anak-anak bermain.

Adakah selamat memakan ayam itik dan produk keluaran ayam itik?

Ya, beberapa langkah berjaga-jaga perlu diikuti bagi negeri-negeri yang telah mengalami wabak tersebut. Bagi kawasan yang tidak terlibat, ayam itik dan juga hasil keluarannya selamat dimakan. Amalan kebersihan yang baik dan memasak dengan betul boleh mengelakkan daripada jangkitan virus H5N1.

Bagi kawasan ladang ternakan yang mengalami wabak, ayam itik dan hasil keluaran produknya adalah selamat dimakan jika ianya dimasak dan penyediaannya dikendalikan dengan betul. Virus H5N1 sensitif kepada haba. Suhu biasa semasa memasak (70 darjah selsius dalam semua bahagian makanan) boleh membunuh virus tersebut. Pastikan daging dimasak sepenuhnya dan telur direbus sehingga masak seterusnya.

Tanda dan Gejala

  • Anda boleh disyaki menghidap Selesema Burung sekiranya terlibat dengan ternakan yang sakit dan mati dalam jumlah yang banyak.
  • Pesakit mungkin mengalami demam tinggi yang melebihi 38 darjah selsius, sakit kepala, sakit otot, batuk, sakit tekak, muntah, sakit perut, cirit-birit dan sesak nafas.

Pencegahan

  1. Cara memasak yang selamat
  2. Mengamalkan kebersihan diri:
    • Langkah yang paling penting adalah mencuci tangan terutama selepas menyentuh dengan seseorang yang menghidapi jengkitan pernafasan.
    • Amalkan tabiat mencuci tangan anda sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas anda batuk atau bersin atau menghembus hidung. Cuci tangan anda dengan sabun dan air, sental pergelangan tangan, tapak tangan, jari-jari dan kuku anda selama 10 ke 15 saat. Bilas dan lap dengan tuala yang bersih dan kering atau tuala pakai buang.
    • Elakkan daripada menggosok mata, menyentuh hidung atau mulut anda.
    • Jangan berkongsi pinggan mangkuk.
    • Jangan melawat orang yang menghidapi selesema melainkan betul-betul perlu. Sekiranya ahli keluarga anda menghidapi selesema, simpan barang-barang keperluannya seperti tuala dan asingkan barang-barang keperluannya daripada ahli keluarga yang lain.
    • Cuci permukaan (bilik air, kepala paip, sinki dan kaunter dapur) selepas pesakit menggunakannya.
    • Elakkan berada di dalam kumpulan orang ramai.
  3. Jaga kesihatan anda, amalkan cara hidup sihat.
  4. Penjagaan diri anda
    • Kekal sihat samada fizikal ataupun mental
    • Jangan merokok
    • Minum air lebih
    • Tidur secukupnya

Apakah nasihat kepada pengembara-pengembara yang melawat negara yang pernah mengalami wabak H5N1 selesema burung?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) tidak mengenakan sebarang sekatan kepada mana-mana pelawat untuk melawat negara yang pernah mengalami wabak selesema burung termasuk Negara yang terlibat dengan jangkitan terhadap manusia. Pelawat-pelawat yang melawati kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya jangan menyentuh dengan binatang hidup di kedai binatang, ayam itik dari ladang ternakan dan juga ayam itik yang dikurung ataupun yang bebas.

Bagaimana boleh saya mendapat informasi yang lebih mengenai selesema burung?

http://dph.gov.my/survelans/

http://www.infosihat.gov.my/

atau anda boleh juga hubungi Jabatan Kesihatan Negeri seperti dibawah

HOSPITAL YANG TELAH DIBERIKUASA UNTUK MENANGANI KES SELESEMA BURUNG

NEGERI
NAMA HOSPITAL
PERLIS
  • Kangar
KEDAH
  • Alor Setar
 
  • Langkawi
PULAU PINANG
  • Pulau Pinang
PERAK
  • Ipoh
SELANGOR
  • Klang
N. SEMBILAN
  • Seremban
MELAKA
  • Melaka
JOHOR
  • Johor Bharu
PAHANG
  • Kuantan
TERENGGANU
  • Kuala Terengganu
KELANTAN
  • Kota Bharu
  • University Science Malaysia, Kubang Kerian
W.P. KUALA LUMPUR
  • Kuala Lumpur
  • University Malaya Medical Centre
SARAWAK
  • Kuching
  • Sibu
  • Miri
SABAH
  • Kota Kinabalu
  • Sandakan
  • Tawau
W.P. LABUAN
  • Labuan
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

Leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Melioidosis

Apa itu Melioidosis? Melioidosis, dikenal sebagai penyakit Whitmore (selepas dikenalpasti

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia