A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saya Tinggi

Ketinggian yang tidak normal boleh dikaitkan dengan beberapa masalah perubatan seperti sindrom Marfan dan Thyrotoxicosis.

Pengenalan

  • Ketinggian selalunya menjadi satu kelebihan
  • Anda mungkin tinggi seperti ibu bapa anda
  • Ketinggian yang keterlaluan mungkin berkaitan dengan masalah perubatan

Risau dengan ketinggian anda?

Ketinggian yang tidak normal boleh dikaitkan dengan beberapa masalah perubatan seperti sindrom Marfan dan Thyrotoxicosis.

Ciri-ciri sindrom Marfan adalah seseorang yang terlalu tinggi dan memiliki gejala seperti berikut:

  • Masalah penglihatan
  • Masalah pernafasan
  • Sakit dada
  • Jari dan tangan yang luar biasa panjang

Ciri-ciri Thyrotoxicosis adalah:

  • Tangan yang menggeletar
  • Peluh yang berlebihan
  • Selera makan meningkat dengan penurunan berat badan
  • Denyutan jantung meningkat

Jikalau anda mengalami salah satu masalah di atas, anda dinasihati berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.  

Adakah ia satu masalah?

Biarpun ketinggian merupakan impian kebanyakan orang, namun anda mungkin berasa tersisih.  

Adakah sebarang rawatan?

Rawatan perubatan bergantung kepada punca masalah ketinggian tersebut. Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi untuk terapi hormon agar ianya dapat menyebabkan perkembangan akil baligh dan mengehadkan ketinggian terakhir.  

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Datin Dr. Sheila Marimthu
  : Dr. Jemah Sajari
  : Dr. Siti Aishah Saidin
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Akil Baligh

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa

Saya Pendek

Ketinggian terakhir anda dipengaruhi oleh gen anda sendiri

Enam Pek (Six Pack)

Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia