A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Ravindran a/l Murugesan

Dr. Ravindran a/l Murugesan

Dr. Ravindran a/l Murugesan merupakan Pakar Perunding Bedah Mulut di Jabatan Pembedahan Mulut, Hospital Selayang.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (1989)  dan Ijazah Sarjana  Pergigian Klinikal (Oral & Maxillofacial Surgery)(2003). Beliau juga pernah menjalani latihan secara attachment di Sri Dharmasthala Manjunatheshwara, College of Dental Science & Hospital, Dhavalanagar, Sattur, Dharwad, India; (2007/08) khusus dalam bidang Pembedahan Orthognathic, cleft lip / palate dan pembedahan Maksilofasial secara amnya.

Kerja-kerja beliau melibatkan mengendalikan pembedahan di bahagian mulut dan maksilofasial terutamanya kes-kes patah tulang rahang, muka, gigi terbenam / terimpak, pembedahan orthognathic, restoratif gigi secara pembedahan implan termasuk prostesis, pembedahan membuang ketumbuhan benign dan malignant. Pembedahan ketumbuhan malignant dilakukan dengan kerjasama multi surgical team.

Kepakaran lain termasuk cleft lip and palate surgery.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kota Kinabalu / Keningau, Sabah termasuk menjalankan tugas Pegawai Pergigian Daerah Pedalaman Sabah (1989-1993)
  2. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Lenggong / Gerik, Perak termasuk menjalankan tugas Pegawai Pergigian Daerah Hulu Perak  (1993-1997)
  3.  Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Hospital Taiping, Perak (1997- 1999)
  4. Pakar Bedah Mulut, Hospital Selayang, Selangor (2003-2009)
  5. Pakar Perunding Bedah Mulut, Hospital Selayang, Selangor (2009-sekarang)

 

Semakan Akhir : 20 Ogos 2011

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia