Kesan laser keatas tisu mata adalah seperti berikut:
- Kesan haba
- Kesan âPhoto-disruptiveâ
- Kesan âPhoto-ablativeâ
Laser argon ialah jenis laser haba. Tenaga laser diserap oleh tisu yang disasarkan dan ditukarkan kepada haba seterusnya tisu akan mengeras.
Neodyminium YAG ialah laser âdisruptiveâ. Kesanâphotodisruptiveâ dari YAG laser akan menghasilkan bentuk seperti kawah dengan sisi yang tidak sekata.
âPhotoablationâ adalah terma yang digunakan untuk menggambarkan kesan laser yang bersih dan licin tanpa kesan haba atau mutagen disekitar kesan laser. Proses ini dicapai dengan penggunaan tenaga yang tinggi untuk memecahkan ikatan molekul secara sekata. âLaser excimerâ adalah contoh laser âphotoablationâ.
Laser âphotocoagulationâ digunakan untuk merawat retinopati diabetik, koyakan retina dan glaukoma. Laser âdisruptiveâ digunakan untuk melakukan prosedur iridotomi, âcapsulotomyâ dan laser âphotoablationâ digunakan dalam pembedahan refraktif.
Pan Retinal Photocoagulation (PRP) Dalam Retinopati Diabetik
Laser âphotocoagulationâ dalam retinopati diabetik dapat digunakan dalam dua keadaan iaitu digunakan untuk merawat pembengkakkan macula dengan âmodified Gridâdan âpanretina coagulationâ digunakan untuk rawatan retinopati diabetik tahap serius (proliferative diabetic retinopathy) bagi mengawal pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal.
âPan retinal photocoagulationâ(PRP) digunakan untuk merawat retinopati diabetik yang serius(PDR) bagi mencapai matlamat sekurang- kurangnya1,600 – 3,000 kesan laser pada tisu retina dengan harapan dapat mengurangkan keperluan oksigen untuk retina dan seterusnya mengurangkan kemungkinan terjadinya iskemia. Prosedur ini dilakukan dalam beberapa sesi.
Dalam merawat retinopati, kesan laser digunakan untuk mengecutkan salur darah yang tidak normal yang terbentuk ditisu retina. Kajian menunjukkan ini dapat mengurangkan risiko untuk hilang penglihatan bagi mata yang berisiko sebanyak 50%.
Rawatan laser PRP boleh ditangguhkan bagi mata yang tidak mempunyai ciri-ciri risiko yang tinggi, namun begitu rawatan awal disyorkan bagi:
- Mata dengan perubahan kanta yang progresif
- Pesakit yang hamil
- Pesakit pra-PDR dengan kegagalan ginjal diabetik
- Pesakit yang berkemungkinan tidak akan datang untuk rawatan susulan
Penyebab penglihatan yang teruk bagi mata yang mengalami PDR ialah:
- Pendarahan vitreus (pendarahan dalam mata)
- âMacular detachmentâ dengan perubahan pada retina (tractional retinal detachment)
- âObscurity of maculaâ
PDR | NVD |
NVD @ NVE | Diffuse macular edema |
Persediaan Sebelum Prosedur
- Pesakit akan diberitahu tentang prosedur yang akan dijalankan dan perlu ditekankan rawatan laser adalah untuk membantu mengekalkan tahap penglihatan yang masih ada pada mata yang terlibat.
- Pemeriksaan mata sepenuhnya akan dilakukan sebelum prosedur dijalankan
- Keizinan untuk melakukan prosedur akan diambil
- Anak mata akan dikembangkan sebelum prosedur dijalankan
- Ubat bius topikal akan dititiskan ke dalam mata
- Prosedur dijalankan di klinik (pesakit luar)
Sebelum memulakan rawatan laser, anak mata akan dikembangkan dan doktor mata akan menitis ubat bius topikal untuk kebaskan mata.
Pesakit akan didudukkan berhadapan dengan mesin laser dan doktor akan menggunakan kanta khas pada mata pesakit.
Semasa prosedur, pesakit akan melihat cahaya âflashâ dan ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada pesakit.
Setelah selesai rawatan laser, pesakit dinasihatkan supaya tidak memandu beberapa jam semasa anak mata masih kembang. Walaupun mata tidak sakit selepas rawatan laser, rasa tidak selesa pada mata akan hilang selepas beberapa jam.
Pesakit akan hilang sebahagian dari penglihatan periferi selepas prosedur laser dijalankan yang mungkin tidak dikesan oleh pesakit sendiri. Walaubagaimanapun prosedur ini tidak melibatkan gangguan penglihatan di bahagian tengah. Rawatan laser ini juga akan menyebabkan sedikit gangguan pada penglihatan warna dan penglihatan waktu malam.
Pesakit retinopati diabetik yang serius akan sentiasa mempunyai risiko untuk pendarahan baru, Â glaukoma sebagai komplikasi dari pembentukan salur darah baru yang tidak normal, Â oleh itu rawatan berganda mungkin diperlukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan.
Bilangan Sesi Rawatan Yang Diperlukan
Kebiasaannya 3 sesi diperlukan untuk melengkapkan rawatan laser. Â Pesakit yang mengalami masalah untuk datang berulang kali, perlu dimasukkan ke wad dan rawatan boleh dilengkapkan dalam masa 1 minggu.
Risiko yang perlu diambil bila rawatan laser diberi dalam jangkamasa yang pendek boleh menyebabkan berlakunya âretinal detachmentâ, glaukoma sekunder dan lain-lain lagi.
Rawatan Susulan
Laser âphotopancoagulationâ biasanya diulang dalam masa 2 hingga 3 minggu dari rawatan yang terdahulu. Sekiranya salur darah masih kelihatan aktif, rawatan laser perlu diulang.
Rawatan Bagi Pembengkakkan Makula Dalam Diabetik (Diabetic Macula Oedema)
Pembengkakkan macula berkemungkinan setempat atau keseluruhannya. Pembengkakkan macula adalah berkaitan dengan tahap dan jangkamasa diabetik.
Rawatan laser dijalankan untuk pembengkakkan makula dengan intensiti yang rendah.
Pesakit akan diberi rawatan susulan dalam masa 3 hingga 4 bulan selepas rawatan. Sekiranya pembengkakkan makula belum hilang atau semakin teruk, rawatan laser perlu diulang.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Rosniza bt. Ab. Razak |
Akreditor | : | Dr. Hjh. Nor Fariza bt. Ngah |
Penyemak | : | Dr. Rosniza bt. Ab. Razak |