Penglihatan yang terang adalah hasil dari cahaya yang melalui kornea, pupil dan kanta seterusnya akan difokus pada retina. Sekiranya kornea tidak sekata atau terlalu tajam (steep) atau leper (flat) berbanding dengan panjang mata, pancaran cahaya akan focus samada dihadapan atau dibelakang retina. Ini menyebabkan berlakunya rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.
Normal (Emmetropia) ⢠Cahaya Sinar Fokus pada Retina ⢠Pandangan Jelas |
|
Myopia (Rabun Dekat) ⢠Cahaya Sinar Fokus di hadapan Retina ⢠Pandangan Kabur |
|
Hyperopia (Rabun Jauh) ⢠Cahaya Sinar Fokus di belakang Retina ⢠Pandangan Kabur |
Pembedahan refraktif merujuk kepada beberapa prosedur pembedahan yang digunakan untuk membetulkan masalah penglihatan. Pembedahan refraktif bekerja dengan mengubah bentuk kornea, dengan itu cahaya dapat difokus secara terus ke retina. Dalam kebanyakkan kes, pesakit tidak lagi perlu menggunakan cermin mata atau kanta sentuh atau kuasa cermin mata/ kanta sentuh dapat dikurangkan dengan signifikan.
Terdapat beberapa jenis pembedahan refraksi seperti LASIK, PRK, dan Phakic IOL. Prosedur yang paling popular ialah LASIK. Teknik terbaru dalam pembedahan refraktif laser ialah ReLExŽSMILE.
Lasik
LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu prosedur yang dapat dipercayai dan tidak sakit untuk memulihkan tahap penglihatan dengan mengurangkan atau menghapuskan pergantungan kepada cermin mata atau kanta sentuh.
LASIK mengubah cara cahaya dibiaskan semasa melalu kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan keatas retina dan seterusnya objek dapat dilihat dengan jelas.
LASIK telah mendapatkan kelulusan dari Food and Drug Administration untuk merawat rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.
Flap Kornea Dicipta dan Diangkat | |
Membentuk semula Kornea dengan Laser | |
Flap Kornea disusun semula |
Prosedur LASIK tradisional, satu alat yang dipanggil mikrokeratom digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan. Kemudian, flap akan diangkat dan laser excimer digunakan untuk membentuk kelengkungan kornea untuk memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.
Prosedur ini mengambil masa hanya 10 minit bagi sebelah mata, walaubagaimanapun pesakit perlu bersedia untuk berada di pusat laser selama lebih kurang 1 jam.pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah dan berehat selepas prosedur dilakukan. Pesakit dinasihatkan untuk dating bagi rawatan susulan keesokan harinya dan mengikut temujanji yang diberi.
Priskripsi ubat titis mata (Antibiotik dan steroid) akan diberi bersama arahan selepas pembedahan. Mata akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.
Indikasi
- Rabun jauh
- Rabun dekat
- Astigmatism
Kontraindikasi
- Pembiasan yang tidak stabil
- Penipisan kornea
- Penyakit yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan luka pada kornea
- Penyakit âSystemic collagen vascularâ
- Immunodeficiency
- Penyakit Autoimmune
- Atopi yang serius
- Diabetes mellitus
- Mata kering yang serius
- Blepharitis ysng tak terkawal
- Uveitis
- Katarak
- Pesakit yang hamil atau yang mengambil amiadarone
Doktor akan memeriksa mata untuk melihat sama ada ia sesuai untuk pembedahan refraktif laser berdasarkan jumlah kesilapan refraktif, penemuan pemeriksaan okular dan apa-apa yang sedia ada atau kontra perubatan
Penilaian Sebelum Pembedahan
Penilaian sebelum pembedahan yang perlu dijalankan ialah:
- Sejarah mata dan perubatan yang lengkap
- Pemeriksaan mata yang lengkap
- Pemeriksaan topografi adalah penting
- Pemeriksaan ketebalan kornea
- Pengukuran saiz anak mata dan pergerakan bola mata
- Refraksi
- Penilaian koyakkan filem mata dan permukaan okular
Kanta sentuh tegar perlu dikeluarkan untuk beberapa minggu sebelum peperiksaan dan kanta sentuh lembut selama beberapa hari untuk minggu sebelum peperiksaan. Pembiasan harus stabil sebelum pembedahan Lasik.
Sebelum prosedur, persetujuan perlu diperolehi daripada pesakit
Kesan Sampingan dan Komplikasi Lasik
Berikut merupakan kemungkinan kesan sampingan dan komplikasi
- Perubahan yang terlebih satau terkurang
- Mata kering
- âNight time starburstsâ
- Pengurangan dalam kontras sensitiviti
- Komplikasi yang berkaitan dengan flap LASIK flap: tertanggal, tidak lengkap,berlubang, berkedut/berlipat atau hilang/salah tempat
- âDiffuse lamellar keratitisâ
- Jangkitan kuman
- âEpithelial ingrowthâ
Komplikasi yang serius yang membawa kepada kehilangan kekal visual, jarang berlaku tetapi berpotensi boleh berlaku
Penjagaan Selepas Pembedahan
Pesakit mungkin merasa tidak selesa selama hingga 6 jam selepas menjalani prosedur LASIK. Dalam masa tersebut pesakit seharusnya menutup mata, rehat ataupun tidur.
- Ubat titis mata (antibiotik dan steroid) akan diberi selepas pembedahan
- Air mata palsu tanpa bahan pengawit untuk beberapa minggu atau bulan bergantung pada gejala mata kering
- Refraksi akan stabil bagi kes myopia dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada jumlah rawatan yang dijalankan
- Rawatan susulan (enhancement) dapat dijalankan selepas ujian refraksi stabil bagi kes dimana masalah rabun tidak dapat dirawat sepenuhnya pada kali pertama.
Hasil dari Prosedur Lasik
Bagi pembetulan myopia yang rendah atau sederhana, kajian menujukkan LASIK adalah satu prosedur yang berkesan dan dapat dijangka akan menghasilkan tahap penglihatan yang bagus dan optimum serta selamat. Bagi tahap myopia yang lebih tinggi, keputusannya berbeza-beza.
ReLExÂŽSMILE
ReLExÂŽ (Reflective Lenticule Extraction) SMILE (Small Incision Lenticule Extraction) adalah teknik terkini digunakan untuk merawat rabun jauh atau dekat dengan dan tanpe astigmatism (rabun silau). Teknik ini hanya terdapat di beberapa pusat pembedahan refraktif.
Pesakit akan mendapat semua faedah seperti prosedur LASIK iaitu kadar penyembuhan yang cepat, kurang rasa tidak selesa tanpa melalui proses menghasilkan flap kornea.
Photorefractive Keratectomy (PRK)
PRK bermaksud âphotorefractive keratectomyâ. Ia merupakan pembedahan laser refraktif  yang pertama diluluskan oleh FDA dalam tahun 1997.
PRK menggunakan laser excimer seperti yang digunakan dalam pembedahan LASIK. Perbezaannya ialah pembentukan semula (reshaping) kornea dibawah flap yang dilakukan dalam prosedur LASIK, manakala dalam PRK prosedur ini dijalankan diatas permukaan kornea. Disebabkan ini, pesakit akan mengalami lelasan (abrasion) pada permukaan kornea yang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding dengan prosedur LASIK. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan kornea dan memberi keselesaan pada pesakit selepas prosedur “bandage contact lens” diletakkan pada mata selama 4 hingga 5 hari. Tahap penglihatan akan bertambah baik dalam seminggu hingga sepuluh hari dan mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai hasil yang optima.
PRK adalah prosedur yang seakan LASIK untuk merawat beberapa jenis rabun, tetapi pesakit akan merasa kurang selesa selepas menjalani prosedur PRK. Bagi kebanyakkan pesakit ini merupakan satu pilihan pembedahan refraktif yang ada.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Rosniza bt. Ab. Razak |
Akreditor | : | Dr. Shamala A/P Retnasabapathy |
Penyemak | : | Dr. Rosniza bt. Ab. Razak |