A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Panduan Hubungan dengan Ibu Bapa

Pengenalan

  • Kecewa dengan ibu bapa anda?
  • Anda bosan dengan leteran ibu anda?
  • Tidak semua ibu bapa mempunyai kemahiran menguruskan anak remaja mereka yang semakin meningkat dewasa. Itulah hakikat!
  • Membina hubungan antara ibu bapa dan remaja adalah satu cabaran. Namun, ia boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan!
  • Ia memerlukan usaha bersama daripada kedua-dua belah pihak.
  • Benar. Anda dan ibu bapa anda BOLEH merubah keadaan. Anda hanya perlu beberapa penyesuaian, kesabaran, pengetahuan dan kemahiran.

Panduan untuk Remaja

Bagaimana saya boleh membina hubungan dengan ibu bapa saya?

  • Sayangi dan hargai ibu bapa anda.
  • Bersyukurlah anda mempunyai ibu bapa. Sesetengah remaja tidak mempunyai sesiapa pun.
  • Fahami tanggungjawab dan kesusahan ibu bapa anda menyara hidup keluarga (mereka memberi anda makanan, pendidikan dan perlindungan).
  • Mudahkan hidup dengan membantu mereka membuat kerja rumah (seperti basuh pinggan mangkuk, pastikan bilik tidur dan rumah bersih, jaga adik, siram tumbuh-tumbuhan, bawa keluar sampah dan lain-lain).
  • Habiskan masa yang berkualiti dengan ibu bapa anda (seperti melancong, berkelah, menonton filem, melakukan kerja bersama-sama dan lain-lain).
  • Kongsi minat dengan ibu bapa anda (seperti memasak, membeli-belah, membaca, berkebun, aktiviti sukan dan lain-lain).
  • Dengar dan tunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa anda.
  • Apabila ibu bapa anda mengomel atau anda tidak bersetuju dengan ibu bapa anda, bertenang dan dengar sahaja pandangan mereka.
  • Pilih situasi yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda serta bincangkan isu-isu yang membimbangkan anda.
  • Jangan menjawab kembali apabila ibu bapa memarahi anda, (ia hanya akan memburukkan lagi keadaan). Beritahu mereka “Baiklah ibu/ayah, saya faham” atau “Maafkan saya ibu/ayah…” jika anda membuat kesilapan.
  • Belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan.
  • Berbual, berkongsi dan berbincanglah dengan ibu bapa anda secara terbuka dan jujur.
  • Jadilah anak yang baik dan bertanggungjawab. Elakkan tingkah-laku berisiko seperti merokok, minum arak atau mengambil dadah.
  • Tingkatkan pengetahuan, komunikasi dan kemahiran dalam hidup anda.
  • Berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran anda dan buat ibu bapa anda bahagia.

Panduan untuk ibu bapa

Bagaimana saya boleh membina hubungan baik dengan anak remaja saya?

  • Sayangi anak anda tanpa syarat tidak kira siapa mereka.
  • Beritahu anak anda bahawa anda menyayanginya.
  • Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi atau terlalu menekan.
  • Fahami perkembangan dan perubahan anak anda.
  • Berhati-hati dan fahami keperluan individu yang semakin meningkat remaja. Remaja perlukan ruang serta mahu berdikari.
  • Layan telatah mereka dan jangan tertekan tanpa usul periksa.
  • Remaja mungkin membesar daripada segi fizikal tetapi minda mereka belum matang dan masih berkembang.
  • Hargai remaja anda dan tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Beritahu mereka bahawa anda menghargai mereka.
  • Remaja boleh bertindak secara terburu-buru, kurang sabar, mudah melenting, suka ambil risiko dan amat sensitif. Itu adalah normal dan sebahagian daripada proses pembesaran.
  • Dengar dan berfikir sebelum anda bertindak. Jika anda marah, kawal emosi dan cuba bertenang. Remaja mudah terikut dengan tingkah-laku ibu bapa mereka.
  • Jika anda mahu mereka berkelakuan baik, bertenang dan tunjukkan contoh yang baik sebagaimana anda mahu mereka berkelakuan.
  • Luangkan masa untuk bersama anak anda, kenali rakan mereka termasuklah aktiviti sekolah, hobi, kebimbangan mereka dan lain-lain.
  • Beri mereka sedikit ruang dan hormati privasi mereka.
  • Jangan bandingkan mereka dengan orang lain, atau adik-beradik yang lain.
  • Pastikan keperluan intelektual, fizikal, emosi, sosial dan rohani anak remaja dipenuhi.
  • Tetapkan peraturan, bersikap tegas dan konsisten dalam mendisiplinkan anak anda. Jangan berkeras atau menggunakan kata-kata kesat.
  • Sentiasa memberi inspirasi kepada mereka dengan kisah-kisah kejayaan, nilai-nilai positif dan galakan.
  • DENGAR, dan minta maaf setiap kali anda membuat silap.
  • Beri mereka tanggungjawab, hormati hak mereka untuk berfikir, membuat pilihan dan mengambil tindakan.
  • Bersabar apabila anda berasa marah dengan anak anda. Bertenang, fikirkan cara yang lebih baik untuk bertindak supaya anda mendapat kesan yang positif. Pilih pendekatan yang sesuai bagi mengajar anak remaja anda untuk tidak menjadi reaktif dan tahu bertenang.
  • Memarahi anak anda bukan jalan penyelesaian yang baik. Ia hanya akan membuat anda letih dan merenggangkan lagi hubungan.
  • Apabila anda marah, beritahu mereka apa yang membuatkan anda marah, serta terangkan bahawa anda tidak marah kepada mereka tetapi tingkah-laku mereka.
  • Selesaikan isu apabila anda berdua dalam keadaan tenang.
  • Bercakaplah secara jujur iaitu dari hati ke hati dengan anak anda. Mereka akan lebih menghormati anda apabila anda tidak berkasar, baik hati, bertimbang-rasa dan dapat mengawal diri.
  • Paling penting, sentiasa berada di sisi mereka setiap kali mereka memerlukan anda.
Semakan Akhir : 06 Januari 2014
Penulis : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Rambut

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.

Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Apa itu Penyakit Radangan Pelvik? Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub falopian, rahim, servik dan / atau ovari. Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID dari jangkitan seksual (STIs).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia