- Pening adalah satu simptom yang biasa di kalangan warga emas dalam komuniti terutamanya untuk yang berumur lebih 75 tahun. Ia menyebabkan tekanan psikologi yang tinggi dan beban kepada warga emas.
- Pening ini melibatkan 20% ke 30 % populasi warga emas.
- Pening selalu dianggap ringan. Walau bagaimanapun, pengesahan diagnosa adalah penting untuk membolehkan rawatan yang efektif diberikan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan gejala pening.
- Pening ini boleh dianggap sebagai rasa ketidakseimbangan yang tidak menyenangkan atau perubahan orientasi dalam ruang.
- Punca pening ini boleh didiagnosis melalui pengambilan sejarah penyakit serta menjalankan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Masalah ini biasanya tidak memerlukan rujukan ke hospital.
Tanda dan Gejala
Pening adalah sesuatu gejala tidak spesifik yang membawa maksud ‘vertigo’, ringan kepala, ketidakseimbangan, pengsan, hampir pengsan (presyncope), gangguan penglihatan atau masalah psikologi.
Punca-punca penyebab pening:
- Kardiovaskular:
- Tekanan darah yang rendah dengan perubahan postur (hipotensi postur)
- Angin ahmar/strok
- Sindrom carotid sinus
- Vertebrobasillar insufficiency
- Saluran aorta yang ketat
- Subclavian steal syndrome
- Rentak jantung yang tidak normal
- Neurologi:
- Kecederaan kepala (Post head injury)
- Sawan (epilepsy)
- Multiple sclerosis
- Parkinsonism
- Dementia
- Barah otak (brain tumours)
- Benign intracranial hypertension
- Normal pressure hydrocephalus
- Masalah saraf periferi
- Otologi (Masalah telinga):
- Meniere’s disease
- Vertigopostur
- Labyrinthitis
- Vestibular neuritis
- Vestibular migraine
- Otosclerosis and Paget’s disease of bone
- Masalah saluran darah
- Kecederaan saluran telinga tengah
- Selepas pembedahan, seperti stapedectomy, cochlear implant
- Barah , cholesteatoma
- Metabolik:
- Paras gula darah yang rendah (Hypoglycaemia)
- Hormon adrenal yang tidak mencukupi
- Hipotiroid
- Psikologi:
- Keresahan (Generalised anxiety)
- Agoraphobia
- Serangan panik
- Hiperventilasi
- Penyebab-penyebab lain:
- Demam virus
- Migrain
- Okular – gangguan penglihatan
- Cervical – cervical spondylosis
- Auto-immune seperti rheumatoid arthiritis , systemic lupus erythematous (SLE)
- Pengambilan dadah atau ubat-ubatan yang berlebihan seperti : alkohol dan, karbon monoksida.
- Iatrogenik : kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi, antibiotik kumpulan aminoglycoside, ubat untuk rentak jantung.
Mengenal pasti tanda gejala samada ia adalah vertigo, pitam, hampir pitam atau bentuk-bentuk pening yang lain adalah penting. Pening biasanya boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan utama :
- Vertigo : ini boleh didefinisikan sebagai perasaan pergerakan yang tidak normal terhadap perserkitaran atau pada seseorang. Perasaan pergerakan itu biasanya melibatkan perasaan berputar-putar atau ketidakseimbangan badan. Vertigo ini biasanya berkaitan dengan ‘nystagmus’, ketidakseimbangan postur, berpeluh, pucat, loya atau muntah-muntah (gejala saraf autonomik). Kebanyakan kes vertigo yang hadir di perkhidmatan kesihatan primer berpunca dari gangguan vestibular peripheral seperti : vertigo postur, acute vestibular neuronitis dan Meniere’s disease.
- Hampir Pengsan (Presyncope) : perasaan hendak pitam atau pengsan yang tidak semestinya diikuti oleh episod pengsan . Sebelum gejala ini berlaku,biasanya ada tanda –tanda awal seperti otot-otot lemah atau kejang, rasa kebas-kebas di kawasan mulut dan gelap mata , rasa kepala ringan dan rasa nak pitam. Tanda-tanda lain yang berkaitan adalah seperti muka pucat, jantung berdebar-debar atau rasa kebas-kebas serta kekejangan kaki serta tangan (bergantung pada puncanya)
- Ketidakseimbangan (Disequilibrium) : perasaaan tidak seimbang yang berlaku semasa berjalan dan hilang semasa berehat. Ini biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor berkaitan dengan sistem sensori pada warga emas yang meliabtkan telinga dalam (inner ear-vestibular), mata (penglihatan) dan sendi (propioception).
- Pening disebabkan psikogi : perasaan pening yang subjektif disebabkan masalah sensori daripada badan dan sistem motor. Keadaan ini berkaitan dengan penyakit keresahan (anxiety disorder) akut atau kronik.
Simptom
- Aktiviti yang boleh menyebabkan simptom di atas adalah seperti :
- Perubahan postur (hipotensi postur)
- Pergerakan kepala atau leher (vertigo, cervical spondylosis atau vertebral artery syndrome)
- Merasa resah/gelisah (hiperventilasi)
- Simptom-simptom lain yang berkaitan :
- Pengsan
- Tanda-tanda sawan
- Jatuh
- Kurang pendengaran atau bunyi berdering di dalam telinga (tinnitus)
- Halusinasi pendengaran dan lupa ingatan (amnesia) – Masalah di bahagian temporal otak.
- Mengenal pasti tahap keresahan di kalangan warga emas kerana keresahan biasa berlaku pada warga emas.
- Pastikan faktor kardiovaskular seperti merokok dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.
- Mengambil sejarah masalah penyakit serta sejarah pengambilan ubat-ubatan.
Tanda-tanda Klinikal
Pemeriksaan klinikal yang teliti diperlukan untuk mengenal pasti punca penyakit .
- Kardiovaskular : contoh:
- Tekanan darah – posisi duduk, berbaring dan berdiri untuk mengetahui perbezaan bacaan yang ketara. Ini penting untuk diagnosa penyakit hipotensi postur.
- Bunyi jantung yang tidak normal (heart murmur). Contoh: aortic murmur (saluran aorta ketat), carotid bruit.
- Mata : gangguan penglihatan, nystagmus.
- Neurologi :
- tanda-tanda angin ahmar (stroke, masalah saraf periferi atau Parkinsonism).
- Gaya berjalan yang tidak normal(gait) – berjalan tumit kehujung jari kaki. Jika ada tidak normal,lakukan pemeriksaan reflek dan tona bahagian kaki.
- Pemeriksaan koordinasi dengan menyuruh pesakit meletakkan tumit keatas lutut kaki yang berlawanan dan melakukan pergerakan turun naik tumit itu dari kaki ke lutut.
- Pengerakan Dix-Hallpike (head up tilt test) untuk mengesan vertigo postur (Benign Positional Vertigo).
Komplikasi
Prognosis dan komplikasi bergantung kepada punca penyebab pening tersebut.
Rawatan
Ujian asas diperlukan sebelum rawatan dimulakan.
- Ujian air kencing untuk mengesan gula (diabetis) atau jangkitan kencing.
- Full blood count – anemia.
- Fungsi ginjal, gula dalam darah, fungsi hati – untuk mengesan penyakit sistemik, penyalahan pengambilan alkohol dan ketidakseimbangan eletrolit.
- Ujian gula dalam darah berguna untuk mengesan punca pening semasa gejala berlaku.
- ECGdan ECG ambulatori 24 jam untuk mengesan rentak jantung yang tidak normal.
Ujian lanjut yang diperlukan atau dicadangkan :
- EEG, pengimejan CTotak
- Ujian pendengaran
- Ujian fungsi vestibular
- Echocardiogram (ujian lanjut jantung)
- Ujian lain yang diperlukan bergantung kepada gejala pesakit
Rawatan yang diberi adalah pelbagai, bergantung kepada punca penyebabnya
- Secara amnya, rawatan diberi untuk mengurangkan gejala pening dan ditujukan kepada punca penyebab pening. Penerangan yang jelas mengenai penyakit dan perbincangan antara doktor dan pesakit akan memudahkan rawatannya.
- Menjalani penilaian yang teliti dan merawat masalah perubatan yang ada.
- Berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan untuk pesakit warga emas kerana ubat-ubatan ini ada kesan sampingan sedatif yang boleh meningkatkan risiko jatuh.
- Ubat-ubatan tidak boleh diberikan kepada warga emas tanpa penilaian yang lengkap mengenai punca pening.
- Ubat-ubatan yang boleh digunakan termasuk
- Anti-emetic – hyosine, prochlorperazine,promethazinedan metoclopramide
- Calcium- channel antagonists, contohnya cinnarizine dan cyclizine.
- Vertigoyang disebabkan migrain boleh dirawat dengan ubat pencegah anti-migraine.
- Semakan terhadap ubat-ubatan adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah pening disebabkan perubahan tekanan darah postur yang rendah (hipotensi postur). Ubat-ubatan yang menyebabkan kesan sampingan tekanan darah rendah, perlu disemak.
- Pembedahan jarang diperlukan kecuali kes-kes seperti berikut :
- Komplikasi penyakit kronik telinga yang boleh membahayakan nyawa. Contohnya: nanah dalam otak
- Ketumbuhan yang melibatkan struktur pendengaran. contohnya : acoustic neuroma
- Kecederaan pada telinga tengah atau dalam telinga .contohnya: peri lymph fistula.
Pencegahan
Pesakit yang masih mempunyai gejala pening disebabkan tekanan darah postur yang rendah (hipotensi postur) selepas ubat-ubatan diubah suai, rawatan pencegahan bukan farmakologi mungkin boleh ditawarkan:
- Kepala boleh ditinggikan sebanyak 10 inci semasa tidur. Sebelum berdiri daripada posisi tidur, biarkan kaki tergantung di tepi katil untuk beberapa minit.
- Gunakan sarung kaki elastik yang khas hingga ke peha untuk menolong pengaliran darah dari anggota kaki ke seluruh badan.
- Untuk pesakit yang tiada darah tinggi, pengambilan garam yang berpatutan juga boleh menolong.
- Pengambilan air yang mencukupi antara 2 liter ke 2.5 liter.
- Lakukan pergerakan mudah seperti membengkok dan meluruskan sendi buku lali (ankle joint), bersilang kaki sebelum berdiri daripada posisi duduk dan berdiri atas anak jari kaki bila berdiri. Ini dapat menolong meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pening.
Rehabilitasi
- Perancangan untuk rawatan akut dan rehabilitasi boleh dibentuk setelah penilaian lengkap dilakukan ke atas pesakit. Ada berbagai-bagai pilihan rawatan.
- Program rawatan fisioterapi khas untuk meningkatkan kekuatan otot-otot dan keseimbangan dapat ditawarkan.
- Rehabiliasi vestibula boleh ditawarkan untuk mengurangkan sensitiviti deria keseimbangan untuk mengurangkan perasaan pening yang kronik.
Kumpulan Sokongan / Rujukan
- Secara amnya, rawatan pening yang kronik bukanlah semudah yang dijangkakan.
- Ia mungkin memerlukan rawatan jangka masa yang lama berserta rehabilitasi dan ini memerlukan sokongan yang kuat daripada ahli keluarga.
- Penglibatan ahli keluarga atau penjaga pesakit semasa sesi terapi adalah penting.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Sanidah bt. Md. Ali |
Penyemak | : | Dr. Ho Bee Kiau |