A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran Premis Makanan Di Bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengusaha makanan adalah bertanggungjawab untuk mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Kategori Premis Makanan Yang Wajib Didaftar

    Pendaftaran premis makanan telah dilaksanakan mulai bulan Mac 2010 di mana wajib untuk semua premis makanan yang termasuk di bawah kategori berikut :

    • Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan;
    • Semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan besar-besaran;
    • Semua premis makanan di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan, contohnya restoran, kedai makan, gerai, kantin, penjaja, warung dan sebagainya;
    • Semua kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan dijual, contohnya, van yang digunakan untuk menjual nasi campur, lori pick-up yang digunakan untuk menjual pasembor dan sebagainya.
  2. Kaedah Mendaftar Premis MakananPendaftaran premis makanan boleh dibuat sama ada secara manual dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperoleh di Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan atau secara online melalui laman web (sila rujuk Rajah 1).  Pendaftaran tersebut adalah percuma dan ia sah untuk tempoh tiga tahun dari tarikh pendaftaran dibuat.


    Rajah 1 : Paparan muka laman web FoSIM Domestik

  3. Kesalahan Dan Hukuman

    Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.

  4. Bantuan Khidmat Nasihat

    Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558 atau melalui e-mel di alamat domestichelpdesk@moh.gov.my.

Semakan akhir : 23 Februari 2012
Penulis : Badruzzaman bin Abdul Rahim

 

Artikel Berkaitan

Ketahui Keperluan Kalori Anda

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai kalori dan ia boleh diukur dengan unit kilokalori atau Kcal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia