A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Pendekatan dari Segi Gejala
  6. /
  7. Penurunan Berat Badan Dikalangan...

Penurunan Berat Badan Dikalangan Warga Emas

Penilaian penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan dalam kalangan warga emas kadang-kadang tidak dapat dijelaskan langsung penyebabnya. Jika berpunca daripada perubahan fizikal, biasanya ia semakin ketara dalam tempoh enam bulan. Oleh yang demikian, penurunan berat badan yang berterusan perlu dipantau, walaupun penilaian awal tidak memberikan diagnosis.

Pengenalan

  • Berat badan ditentukan oleh interaksi antara pengambilan kalori, tahap aktiviti dan kadar metabolik. Sebarang perubahan ketara yang melibatkan mana-mana faktor ini boleh menyebabkan kehilangan atau penurunan berat badan.
  • Penurunan berat badan yang tidak disengajakan, ditakrifkan sebagai kehilangan 10 lb (4.5kg) atau penurunan lebih daripada 5% daripada berat badan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, adalah indikator penting bagi kadar morbiditi (penyakit) dan mortaliti (kematian).
  • Walau bagaimanapun, penurunan berat badan adalah sesuatu yang tidak khusus dengan beberapa etiologi yang mungkin antaranya adalah organik, psikososial dan idiopatik.
  • Penilaian klinikal termasuk pemeriksaan sejarah perubatan dan fizikal yang terperinci. Jika ini tidak memberikan petunjuk kepada penurunan berat badan, ujian diagnostik mudah perlu dikenal pasti untuk dilakukan.
  • Langkah pertama dalam menguruskan warga emas dengan penurunan berat badan adalah untuk mengenal pasti dan merawat apa-apa penyebab yang khusus atau faktor-faktor yang menyumbang selain menyediakan sokongan pemakanan apabila dikenal pasti.

Gejala dan tanda

Penilaian: Kehilangan berat badan secara tidak disengajakan jarang berlaku. Pemeriksaan sejarah perubatan dan fizikal secara terperinci, digabungkan dengan ujian diagnostik, dapat membantu mengenal pasti punca penurunan berat badan dalam 75% daripada pesakit

Dalam mengambil sejarah penyakit,

Adalah penting untuk menentukan sama ada simptom-simptom berikut wujud:

  • demam, sakit, sesak nafas atau batuk, jantung berdebar-debar
  • lemah, perubahan dalam keupayaan untuk merasa atau bau
  • sakit perut, selera makan menurun, rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, sembelit, sukar untuk menelan
  • perubahan dalam corak membuang air kecil
  • masalah dengan gigi
  • perubahan dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)
  • perubahan dalam status atau fungsi mental
  • faktor risiko untuk jangkitan HIV
  • masalah psikiatri
  • sejarah pembedahan abdomen
  • isu-isu kewangan (memberi kesan terhadap pengambilan makanan)
  • sejarah pengambilan tembakau, penggunaan alkohol dan ubat-ubatan

Pemeriksaan fizikal termasuk:

  • pengukuran antropometri, khususnya ketinggian dan berat badan pesakit, adalah penting dan seharusnya dibandingkan dengan berat dewasa minimum dan maksimum.Indeks jisim badan (BMI) pesakit boleh dikira dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan kuasa dua ketinggian dalam meter
  • tanda-tanda penting (tekanan darah, denyutan nadi, kadar pernafasan)
  • rupa dan kulit: untuk pucat, sakit kuning, parut pembedahan sebelumnya, ketegangan kulit
  • rongga mulut: untuk jangkitan kulat dan penyakit gigi
  • tiroid: untuk pembesaran kelenjar tiroid
  • sistem limfa: untuk pembesaran kelenjar limfa
  • jantung dan paru-paru: tanda-tanda penyakit jantung atau paru-paru
  • abdomen: untuk pembesaran organ seperti hati, limpa.
  • payu dara: untuk ketulan atau ketumbuhan
  • pemeriksaan rektum / pelvis
  • penilaian neurologi termasuk Mini-Mental State Examination

Komplikasi

Akibat kehilangan berat yang tidak disengajakan, timbul komplikasi seperti berikut:

  • anemia (kekurangan darah dan pucat)
  • penurunan fungsi kognitif
  • edema (air berlebihan dalam badan)
  • jatuh, patah tulang pinggul
  • sistem imun berkurangan
  • infeksi
  • kekurangan jisim otot
  • osteoporosis
  • kudis tekanan

Rawatan

Diagnosis pembezaan punca penurunan berat badan yang tidak diingini dalam warga emas sangat meluas. Punca-punca yang paling biasa dikenal pasti diringkaskan dengan mnemonik “Meals on Wheels”

Medications (Ubat-ubatan) (eg digoxin, theophylline, anti-psychotic agents)
Emotional (Emosi /perasaan) problems (depression)
Anorexia tardive (nervosa) or alcoholism (anoreksia atau pengambilan alcohol)
Late-life paranoia
Swallowing disorders (dysphagia) (kesukaran untuk menelan)

Oral problems (eg, poorly fitting dentures) (masalah gigi atau gigi palsu)
Nosocomial infections (tuberculosis, Helicobacter pylori)

Wandering and other dementia-related behaviours (hilang ingatan dan merayau-rayau)
Hyperthyroidism, hypercalcemia, hypoadrenalism (penyakit endocrine spt. Thyroid, kelenjar adrenal)
Enteric problems (eg, malabsorption) (masalah usus)
Eating problems (eg, difficulty in self –feeding) (masalah permakanan)
Low-salt, low-cholesterol diet (diet kurang garam, kurang lemak)
Stones (cholelithiasis) (batu hempedu)

Ujian diagnostik harus dijalankan pada petunjuk atau kebimbangan yang ditemui pada pemeriksaan sejarah perubatan dan fizikal. Jika tiada petunjuk ditemui sepanjang pemeriksaan sejarah perubatan dan fizikal, ujian awal berikut diperlukan:

  • Full blood count dan differential
  • ESR
  • elektrolit, kalsium, glukosa
  • ujian fungsi buah pinggang dan hati
  • ujian kencing
  • TSH
  • ujian sinar x dada
  • darah dalam najis (Occult Blood)
  • Ujian HIV bagi orang-orang yang berisiko

Rutin ujian saringan untuk kanser seperti:

  • fleksibel sigmoidoskopi
    (jika “negative stool occult blood” dan umur lebih daripada 50 tahun)
  • pap smear pangkal rahim di kalangan wanita
  • mamografi ke atas wanita yang berumur lebih daripada 40 tahun
  • antigen khusus prostat di kalangan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun

Taksiran atau penilaian pemakanan mini (mini national assessment):

  • Sejarah pemakanan, keadaan psikososial pesakit
  • Terapi pemakanan jika diperlukan untuk memerhatikan orang tua dengan penurunan berat badan semasa dia makan, sebahagian daripada penilaian ini adalah penting seperti: bagaimana pesakit boleh berada di meja jika makan sendiri, sebarang kesulitan menguruskan perkakas seperti pinggan mangkuk dan cawan, masa yang dihabiskan untuk makan, berapa banyak makanan yang diberikan telah dimakan, apa-apa masalah mengunyah, mana-mana kesukaran menelan, apa-apa kesulitan visual yang mengganggu keupayaan untuk makan sendiri dan kualiti makanan yang diberi yang menjadikan ia menyelerakan dan menarik pada pesakit.

Rawatan farmakologi:

  • Pelbagai ejen telah digunakan untuk merangsang selera makan dan menggalakkan pertambahan berat badan tetapi tiada satu pun yang khusus ditentukan untuk merawat penurunan berat badan pada pesakit warga emas.
  • Walaupun ubat-ubatan boleh membantu untuk meningkatkan selera makan dan kenaikan berat badan pesakit yang lebih tua dengan penurunan berat badan yang tidak disengajakan, ia tidak harus dianggap sebagai pilihan rawatan yang utama.
  • Walaupun ubat-ubatan berjaya menggalakkan pertambahan berat badan, kesan jangka panjang kepada kualiti hidup tidak diketahui. Ia juga mempunyai pelbagai kesan sampingan yang teruk.

Senarai ubat-ubatan yang berkaitan dengan pertambahan berat badan

  1. Tricyclic anti-depressant: contohnya Amitriptylline, Despramine
  2. Perangsang selera makan: contohnya Dronabinol, Megestrol asetat
  3. Steroid anabolik: contohnya Oxandrolone
  4. Glucocorticoids: contohnya Dexamethasone, Prednisolone
  5. Ejen-ejen antipsikotik: contohnya Haloperidol, Olanzapine
  6. Pelbagai: contohnya Litium, Omeprazole

Kesimpulan

Penilaian penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan dalam kalangan warga emas kadang-kadang tidak dapat dijelaskan langsung penyebabnya.

Jika berpunca daripada perubahan fizikal, biasanya ia semakin ketara dalam tempoh enam bulan. Oleh yang demikian, penurunan berat badan yang berterusan perlu dipantau, walaupun penilaian awal tidak memberikan diagnosis.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia