A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Ortopedik

Ortopedik

A. SAKIT LUTUT

Soalan 1

Saya berusia 48 tahun dan mengalami sakit lutut. Saya telah mendapatkan rawatan Pakar Ortopedik (tulang) dan diberitahu masalah tersebut berkaitan dengan peningkatan usia. Bolehkah doktor memberi nasihat kepada saya?

Jawapan 1

Daripada penjelasan anda, anda mungkin mengalami kehausan lapisan sendi lutut .  Ianya dikenali sebagai Osteoarthritis. Keadaaan ini biasanya terjadi akibat peningkatan umur.  Ia juga boleh berlaku  pada usia yang lebih muda sekiranya pernah mengalami kecederaan lutut. Selain dari osteoarthritis, tanda-tanda yang sama juga boleh dialami oleh pesakit arthritis gaut (gouty arthritis) dan rheumatoid arthritis.  Imej sinaran x ( x-ray) di kedua-dua belah lutut dan juga ujian darah boleh membantu  untuk membuat diagnosa .

Rawatan bagi penyakit osteoarthritis melibatkan:

  1. Kurangkan berat badan seboleh mungkin ke tahap jisim yang ideal. 

  2. Lakukan aktiviti yang sederhana terutama senaman yang tidak melibatkan angkat benda berat seperti hydro exercises (senaman di dalam air),  berbasikal statik, regangan otot kuadrisep pada paha (quadriceps strengthening) dan sebagainya mengikut kemampuan diri.

  3. Teknik perlindungan sendi seperti kurangkan naik turun tangga, elakkan berjalan kaki pada jarak jauh, elakkan duduk di tempat yang  terlalu rendah yang boleh menyebabkan kesakitan semasa bangun, hindari melakukan kerja seperti mengangkat benda berat .

  4. Rawatan termasuk  menyapu  minyak atau  ‘ointment’ mungkin boleh mengurangkan kesakitan

  5. Ubat-ubatan  penahan sakit/anti-radang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan di antaranya paracetamol, mefenamic acid dan ubat-ubatan dari kumpulan anti radang bukan steroid (NSAIDs) atas nasihat doktor.

  6. Ubat lain yang boleh digunakan untuk mengawal kemerosotan sendi seperti   Glucosamine sulphate, Chondroitin, diacerein sebagai alternatif lain

  7. Teknik suntikan ke dalam sendi lutut menggunakan pelincir (lubricant) atau steroid sebagai alternatif dapat mengurangkan kesakitan dalam setengah-setengah kes.

  8. Alat prosthesis seperti tongkat boleh mengurangkan tekanan pada lutut.

  9. Rawatan tradisional seperti akupuntur  boleh mengurangkan kesakitan dalam sesetengah kes.

  10. Pembedahan dijalankan untuk kes-kes yang teruk oleh pakar ortopedik

Nasihat saya, berbincanglah dengan pakar  untuk mendapatkan kaedah rawatan terbaik .

B. SAKIT TUMIT

Soalan 1

Apakah punca sakit tumit?

Jawapan 1

Antara punca sakit tumit : –

  1. Sejarah kecederaan tumit – Kecederaan tumit seperti tulang retak atau ligamen terkoyak.
  2. Berat badan berlebihan – Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada tumit semasa berdiri.
  3. Faktor umur – Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko untuk mendapat sakit tumit.
  4. Berjalan untuk jarak yang jauh
  5. Cara berjalan yang tidak betul
  6. Saiz dan bentuk kasut yang tidak sesuai.
  7. Memakai kasut tumit tinggi.
  8. Aktiviti fizikal yang berlebihan
  9. Masalah kesihatan disebabkan oleh penyakit seperti heel / calcaneal spur.

Soalan 2

Bagaimana untuk mengatasi masalah sakit tumit?

Jawapan 2

  • Kekal berat badan unggul.
  • Pakai kasut yang selesa dan bersesuaian.
  • Berjalan dengan cara yang betul.
  • Kurangkan memakai kasut yang bertumit tinggi.
  • Dapatkan rawatan jika berlaku kecederaan pada tumit, mengalami masalah kesihatan disebabkan penyakit (seperti heel/calcaneal spur, plantar fasciitis, varicose veins) dan mengalami keadaan di mana punca sebenar masalah sakit tumit tidak dapat dikenal pasti.

Soalan 3

Adakah dengan mengurut boleh menghilangkan sakit tumit?

Jawapan 3

Ya, jika ia berpunca daripada ketegangan otot.

Soalan 4

Apakah jenis-jenis rawatan sakit tumit?

Jawapan 4

  1. Konservatif
    • Demahan sejuk/panas
    • Ubat-ubatan
      • Ubat tahan sakit (pil, salap, semburan)
      • Suntikan steroid di tumit (jika sakit kuat dan kronik serta tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit)
    • Fisioterapi – Wave therapy
    • Tradisional
      • Urutan
      • Ubat-ubatan/herba
      • Akupunktur
      • Refleksologi
  2. Pembedahan seperti pembuangan calcaneal spur (removal of calcaneal spur)

Semakan Akhir : 2 Ogos 2011

 

Artikel Berkaitan

Prosedur Rawatan Ortodontik

Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia