A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Radang Sinus (Resdung)

Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

  • Radang sinus akut
  • Radang sinus kronik

Apakah agen penyebab radang sinus?

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat

Agen penyebab radang lain:

  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Apakah tanda dan gejala radang sinus?

Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:

  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?

Radang sinus akut boleh menyebabkan:

  • Radang sinus kronik
  • Sakit kepala kronik
  • Bisul pada sinus maxilar
  • sinus frontal
  • sinus ethmoidal
  • otak
  • mata.

Bagaimana merawat radang sinus?

Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?

Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.
Semakan akhir : 14 Julai 2006
Penterjemah : Dr Anizan Bt Abd Manaf

 

Artikel Berkaitan

Angioplasti Koronari

Apakah angioplasti koronari Angioplasti koronari adalah prosedur yang  digunakan untuk

Radang Paru-Paru

Pengenalan Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia