Apabila pulang ke Malaysia jemaah haji dinasihati supaya:
- Tidak segera mandi kerana badan belum bersedia dengan perubahan cuaca.
- Jemaah diminta mandi dengan air suam beberapa kali terlebih dahulu sebelum mandi dengan air biasa
- Dapatkan rawatan segera di klinik/hospital jika sakit berterusan / berpanjangan seperti:
- rasa tegang di leher
- demam
- sakit/pening kepala
- cirit-birit
- hidung berair dan
- batuk
- Terus makan ubat yang dibekalkan jika menerima rawatan di klinik / hospital semasa di Tanah Suci dan dapatkan rawatan susulan jika tidak sembuh
- Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat
Sumber: Panduan Kesihatan Jemaah Haji
Semakan Akhir | : | 13 November 2009 |
Penulis/Akreditor | : | Dr. Khalid b. Ibrahim |
: | Arizah Zainuddin |