Kebanyakkan jemaah dari Malaysia yang pergi menunaikan haji menghidapi penyakit seperti berikut:
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Diabetes (Kencing Manis)
- Sakit/lemah Jantung
- Asma (lelah/semput)
- Sakit Buah Pinggang
Bagi jemaah yang mengalami penyakit tersebut dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut:
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan untuk diperiksa serta khidmat nasihat sebelum bertolak ke Tanah Suci.
- Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci.
- Diabetes (Kencing Manis)
- Dapatkan mendapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan sehingga penyakit kencing manis ini terkawal.
- Jumpa dokor jika terdapat tanda-tanda:
- Kudis/ luka-luka di kaki yang lambat sembuh
- Menghidap penyakit kulit
- Penglihatan menjadi kabur
- Kerap buang air kecil terutama di waktu malam
- Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci.
- Bagi yang menggunakan insulin dinasihatkan membawa bekalan yang mencukupi dan disimpan di dalam bekas sejuk / peti sejuk agar insulin ini tidak mudah rosak.
- Sakit/Lemah Jantung
- Patuhi tarikh temujanji dengan doktor di Malaysia dan di Tanah Suci
- Bawa bekalan ubat yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci terutamanya ubat yang sukar didapati atau ubat khas seperti :
- Lovastation
- Amidarone atau
- Lain-lain
Kadang-kadang ubat-ubat ini tidak dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji dan Petugas Perubatan. Ubat ini terpaksa dibeli oleh jemaah haji.
- Guna kemudahan kerusi roda jika tidak mampu berjalan terutama semasa tawaf atau saie
- Mohon penerbangan lewat ke Tanah Suci dan penerbangan awal balik ke tanah air
- Jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, jemaah dinasihatkan menangguh pemergian ke Tanah Suci pada tahun berikutnya
- Asma (Lelah / Semput)
- Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan untuk diperiksa serta khidmat nasihat sebelum bertolak ke Tanah Suci.
- Bawa bekalan ubat/haler yang mencukupi bagi tempoh tinggal di Tanah Suci
- Mohon penerbangan lewat ke Tanah Suci dan penerbangan awal balik ke tanah air
- Pakai topeng mulut (mask) () untuk mengelak debu dan habuk-habuk semasa di tempat-tempat yang sesak.
- Sakit Buah Pinggang
- Bakal Jemaah haji yang memerlukan kemudahan haemodialisis, dinasihatkan mendapat surat kebenaran daripada Pakar Buah Pinggang Nefrologi di hospital Kerajaan
- Ini bagi menentukan status kesihatan pesakit memandangkan kemudahan haemodialisis adalah terhad dan hanya terdapat di Hospital Arab sahaja
- Teruskan rawatan mengikut peraturan yang di tetapkan oleh doktor
- Pilih penerbangan akhir sebelum 20 Zulkaedah masuk ke Mekah dan pendekkan tempoh berada di Tanah Suci.
- Jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, jemaah dinasihatkan menangguh pemergian ke Tanah Suci pada tahun berikutnya
Semakan Akhir | : | 13 November 2009 |
Penulis/Akreditor | : | Dr. Khalid b. Ibrahim |
: | Arizah Zainuddin |