A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan...
  6. /
  7. Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa...

Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa di Tanah Suci

Panduan Penjagaan Kesihatan

  • Pakai pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca (sejuk atau panas)
  • Tutup mulut dan hidung dengan penutup mulut (mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan berdebu.
  • Minum air (kosong/air zam-zam) setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Makan makanan yang berzat
  • Setiasa menjaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok

Jika batuk dan selesema berterusan selama 24 jam jemaah dinasihatkan segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Nasihat untuk jemaah haji

  1. Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah
    • Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
    • Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
    • Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
    • Jika atuh sakit dalam perjalanan memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
    • Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk
    • Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan
    • Meninggal dunia dalam perjalanan
  2. Di Madinah
    • Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.
      (pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belahi)
    • Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
    • Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
    • Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
    • Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.
  3. Di Makkah
    • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
    • Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
    • Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
    • Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
    • Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
    • Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
    • Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
    • Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.
  4. Di Arafah Dan Mina
    • Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
    • Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.

Bagaimana hendak mendapatkan rawatan sekiranya sakit

  • Beritahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah / rakan sebilik atau saudara mara supaya menghantar ke Klinik Maktab/Zon untuk menerima rawatan.
  • Panggil doktor ke bilik bagi rawatan kecemasan.
  • Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat penginapan.
  • Jika berlaku kecemasan di luar tempat penginapan segera ke Klinik Maktab Malaysia yang berhampiran.

Waktu rawatan di klinik maktab /zon

(Waktu rawatan tertakluk kepada pindaan semasa di Tanah Suci)

  • Rawatan kecemasan – 24 jam
  • Pagi – 7.00pagi – 12.00 tengahari
  • Petang – 5.00petang – 10.00 malam
Semakan Akhir : 13 November 2009
Penulis/Akreditor : Dr. Khalid b. Ibrahim
: Arizah Zainuddin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia