A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyakit Arteri Koronari

Berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol.

Berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol.

Jika keadaan ini berlanjutan pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung.

Penyakit arteri koronari adalah antara penyebab kematian utama di hospital-hospital kerajaan di Malaysia.

Faktor risiko utama termasuk:

  • Merokok
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Peningkatan umur

Faktor risiko yang lain termasuklah:

  • Kegemukan
  • Kekurangan aktiviti fizikal
  • Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
  • Kaum etnik

Tanda & Gejala

Pesakit mungkin merasa sakit dada dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti. Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.

Semasa serangan jantung, pesakit akan mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh, loya, berdebar dan pening.

Dalam keadaan seperti diabetes dan usia tua, gejala mungkin ringan, luarbiasa (contohnya sakit pada bahagian ulu hati) atau tiada langsung.

Komplikasi

  1. Lemah jantung
  2. Denyutan jantung yang luarbiasa
  3. Kematian

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

  • Cara hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Pemakanan seimbang
    • Mengekalkan berat badan yang unggul

Rawatan Ubat-ubatan

  • Ubat diberi untuk:
    1. Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darah
    2. Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan oksigen oleh jantung
    3. Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
    4. Pengawalan secara optima:
      • tekanan darah tinggi
      • paras gula untuk pesakit diabetes
      • Paras kolesterol
    5. Semasa serangan jantung akut, pencairan darah beku adalah berkesan jika rawatan diberi dalam masa 6 jam

Prosedur pembedahan / intervensi untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung bagi sesetengah kes:

  • Angioplasty – prosedur untuk membuka saluran
  • Pembedahan pintas jantung

Pencegahan

Mengenalpasti dan menangani faktor risiko arteri koronari melalui:

  • Pengesanan awal faktor risiko melalui pemeriksaan perubatan secara berkala
  • Amalan cara hidup sihat:
    1. Berhenti merokok
    2. Pemakanan seimbang
    3. Pengekalan berat badan unggul
    4. Senaman berkala
  • Pengawalan secara optima:
    • tekanan darah tinggi
    • paras gula untuk pesakit diabetes
    • Paras kolesterol

Rehabilitasi

Rehabilitasi jantung adalah program latihan yang dipantau oleh anggota kesihatan yang berkelayakan/mahir. Ia boleh membantu pesakit pulih dengan cepat dan meningkatkan tahap fungsi fizikal, mental dan sosial.

Ia merupakan program pelbagai bidang termasuk:

  • Kaunseling mengenai proses penyakit dan kepentingan pengambilan ubat
  • Program senaman
  • Nasihat pemakanan
  • Membantu pesakit mengurangkan faktor risiko
  • Memberi bimbingan kerjaya
  • Sokongan emosi
Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Joseph Ngeh
  : Dr. Mohd Daud Che Yusof
  : Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Kudis Tekanan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia