Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.
Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
Epidemologi: Kadar kejadian meningkat dengan peningkatan umur.
Tanda & Gejala
4 Tanda dan Gejala utama:
- Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
- Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
- Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
- Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Gejala awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius, gejala ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.
Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.
Komplikasi
Fizikal:
- Jatuh
- Pening /ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
- Sembelit
- Kesukaran penelanan (dysphagia)
- Kesukaran pertuturan (dysarthria)
- Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
- Kudis tekanan
- Turun berat badan
Psiakiatri:
- Masalah emosi seperti:
- Kemurungan
- Keresahan
- Fungsi otak terjejas seperti:
- Ingatan
- Proses pemikiran
- Kewarasan membuat keputusan
- Pertimbangan
- Tanggapan / persepsi
- Masalah tidur
- Kawalan tingkahlaku
Sosial:
- Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat-ubatan
Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
- Doktor
- Jururawat
- Jurupulih anggota
- Jurupulih pertuturan
- Pakar psikologi/psikiatri
- Pegawai farmasi
- Pegawai kebajikan perubatan
Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
Rawatan Ubat-ubatan
Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan gejala.
Pencegahan
Punca sebenar tidak diketahui.
Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.
Kumpulan Sokongan
- Malaysian Parkinson’s Disease Association (www.mpda.org.my)
- Parkinson’s Disease Society (www.parkinsons.org.uk)
- National Parkinson Foundation (www.parkinson.org)
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Mohd Daud bin Che Yusof |
: | Pn Normah Bachik | |
Akreditor | : | Dr Lee Fatt Soon |
Penyemak | : | Dr. Ho Bee Kiau |