A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penyakit Mental Selepas Bersalin

Pengenalan

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.

Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan postpartum atau meroyan
  • Psikosis postpartum, juga disebut meroyan

(Postpartum=waktu selepas bersalin)

Ganguan emosi postpartum

  • Ia berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum

  • Ianya berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.

Psikosis postpartum

    • Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian

.

Tanda-tanda dan gejala

Gangguan emosi postpartum

  • Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
  • Mudah menangis
  • Mudah melenting
  • Gelisah
  • Kurang penumpuan
  • Kurang selera makan dan gangguan tidur

Kemurungan postpartum

  • Perasaan murung
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
  • Salah faham akan kehendak bayi
  • Kurang penumpuan dan daya ingatan

Psikosis postpartum

  • Gangguan tidur dan perubahan selera makan
  • Mudah resah
  • Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
  • Perasaan dan kelakuan yang pelik
  • Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Pencegahan

Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Rehabilitation

Kemurungan postpartum (kemurungan)

Psikosis postpartum (Skizofrenia)

Kumpulan sokongan

www.postpartum.net

Rujukan

Postpartum Depression Fact Sheet: National Women’s Health Information Centre.(www.4woman.gov) American Association of Family Physicians (www.aafp.org)

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti muhd Ramli
Penyemak : Dr. Nor’Izam binti Md Alias

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia