Mengapa penjagaan kaki penting?
|
Apakah masalah kaki yang sering berlaku?
Masalah kaki
|
Penyebab dan huraian
|
Pencegahan / Rawatan
|
---|---|---|
Athlete’s foot |
|
|
Kulit kaki kering dan pecah |
|
|
Kematu yang sakit “Bunions“ |
|
|
Ingrown toenails |
|
|
Kematu (Corn and Calluses) |
|
|
Ketuat |
|
|
Apakah penyebab biasa masalah kaki anda?
- Penyakit
- Saiz kasut yang tidak sesuai
- Kaki yang dimamah usia
- Peredaran darah yang kurang baik
- Kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul
Bagaimana menjaga kaki anda?
- Periksa kaki dengan kerap
- Amalkan kebersihan kaki yang baik
- Pilih kasut yang sesuai
- Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:
- Senaman berkala
- Urutan lembut pada kaki
- Rendamkan kaki dalam air suam
- Rehatkan kaki ke paras yang sedikit tinggi selepas lama berdiri atau bila berasa letih
- Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
- Tekanan akibat kasut yang ketat
- Duduk terlalu lama
- Duduk bersilang kaki terlalu lama
- Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat
Bagaimana cara memilih kasut yang sesuai?
- Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
- Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat dengan usia
- Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
- Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut
- Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda bergerak
- Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki
- Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Nor Asiah Hashim |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |