Kita semua sangat unik
- Sebagai rakyat Malaysia,kita dilahirkan berbeza dan ini menjadikan kehidupan kita berwarna warni dan ceria.
- Oleh itu penting bagi kita untuk menghargai nilai nilai perbezaan ini dan menghormati kepelbagaian tersebut.
- Ini akan membantu kita menikmati kehidupan yang harmoni
- Kepelbagaian merangkumi kebudayaan, etnik, kaum, jantina,ugama dan kepercayaan.
Bagaimana kita menghormati kepelbagaian
- Untuk menghormati kepelbagaian ia meliputi menerima kepelbagaian tersebut dan menghormatinya.
- Kita perlu memahami bahawa setiap individu adalah unik dan mengenalpasti perbezaan setiap individu tersebut.
- Ianya sejajar dengan etnik, kaum,jantina,orientasi seksual, status sosio ekonomi, umur, kebolehan fizikal, kepercayaan ugama, fahaman politik dan ideologi.
- Mendalami perbezaan dengan cara yang selamat ,positif dan persekitaran yang membina.
- Memahami satu sama lain dan kepelbagaian yang terdapat pada setiap individu dengan bertoleransi ,bersama menghadapi dan meraikan kepelbagaian tersebut .
Apa yang perlu anda lakukan
- Sentiasa mencari peluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain dari kumpulan etnik yang berbeza.
- Meraikan dan menghargai kepelbagaian dengan turut serta dalam perayaan atau festival kaum lain.
- Berbangga dengan diri sendiri dan tradisi keluarga anda
- Kongsikan tradisi keluarga anda agar rakan anda lebih memahami.
- Menghormati dan menghargai orang lain tanpa mengira warna kulit, keupayaan fizikal atau bahasa yang digunakan untuk bercakap.
- Menggalakkan perhubungan yang saling menghormati di kalangan masyarakat dengan pelbagai budaya, etnik, perkauman, seks, agama dan rohani.
- Menggalakkan toleransi, penerimaan dan kecendurangan (affinity) yang merentasi perbezaan melalui komunikasi, pendidikan dan seni.
Apakah tanggungjawab anda
Belajar untuk menghargai perbezaan ini dengan
- Cuba wujudkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan menjalinkan persahabatan dengan orang-orang yang berbeza dari anda
- Jadi contoh atau ‘role model’ untuk menunjukkan budaya dari kaum sendiri atau kaum lain
- Berkongsi dengan rakan anda agar mereka mendapat kefahamanyang lebih baik
- Halang sebarang prasangka dan diskriminasi di sekeliling anda untuk mewujudkan persekitaran yang positif
- Jangan biarkan sentimen perkauman dan berprasangka buruk tanpa ditangani terlebih dahulu. Penting untuk menjelaskan bahawa sebarang gelaran atau panggilan nama yang merujuk kepada apa-apa jenis, sama ada ia adalah mengenai seseorang, agama, bangsa, latar belakang etnik atau orientasi seksual, adalah menyakitkan dan salah.
- Cuba elakkan sebarang mesej yang merendahkan martabat dan memburukkan seseorang.
- Jangan tunjukkan reaksi negatif sekiranya terdapat perbezaan contohnya mata atau warna kulit kerana ia adalah sebahagian dari variasi manusia
- Galakkan persekitaran dalam sekolah atau kawasan kejiranan yang mana individu dari pelbagai latar belakang berasa lebih selesa menjadi diri sendiri
- Sediakan ruang di kawasan atau dinding di bilik darjah atau dewan serbaguna untuk memaparkan poster yang menggambarkan budaya dan tradisi
Rujukan:
- http://en.wikipedia.org/wiki/Respect_diversity
- http://www.ukessays.com/essays/history/malaysia-a-multi-racial-cultural-and-religion-country-history-essay.php#ixzz3XIG9ibtf
- “Harmony in Diversity, a Human Rights Based Approach”, The Star
- http://gtooi.hubpages.com/hub/Malaysian-Culture
- Multicultural Education: Managing Diversity In Malaysian Schools , Najeemah Mohd Yusof School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia
- http://www.edutopia.org/blog/preparing-cultural-diversity-resources-teachers