Masalah remaja mengandung merupakan masalah sosial yang utama di negara Amerika Syarikat sejak lewat kurun ke 20 dan awal kurun ke 21. Masalah ini juga mula berleluasa di negara kita sejak kebelakangan ini. Hakikatnya hidup seorang remaja amat mencabar. Anda menghabiskan tempoh yang lama di bangku sekolah dan kolej. Anda juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Hidup memang begitu mencabar sebagai remaja. Berita yang lebih teruk adalah jika anda ketahui bahawa teman perempuan awak mengandung dan anda adalah bapa kepada anak tersebut! Mendengar berita tersebut, reaksi anda mungkin marah, kesal, risau atau berasa malu. news.bbc.co.uk Apa yang perlu anda lakukan sekarang?
- Beritahu ibu bapa atau ahli keluarga anda
Memang sukar untuk memberitahu berita tersebut kepada keluarga atau ibu bapa anda. Kebanyakan remaja akan risau dimarahi ibu bapa. Kadangkala anda tidak langsung hendak beritahu kepada mereka. Walau bagaimanapun ada kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga anda boleh membantu anda. Oleh yang demikian anda perlu bersedia menghadapi sebarang reaksi daripada mereka. Cuba beritahu mereka secara ikhlas apa yang telah berlaku dan bahawa anda bertanggunjawab ke atas apa yang telah berlaku.
- Mengambil tanggungjawab
Anda perlu akur bahawa sebagai bapa anda bertanggungjawab menjaga anak dan juga teman wanita anda. Anda perlu sentiasa prihatin terhadap teman anda dan berkongsi tanggungjawab. Bayi yang akan lahir memerlukan kasih sayang dan penjagaan kedua ibu bapa. Teman anda amat memerlukan sokongan padu anda untuk mengharungi tempoh yang mencabar. Teman anda mungkin juga terpaksa menangguh persekolahan bagi tempoh kandungan. Teman anda juga mungkin menghadapi tekanan emosi dan perlu berdepan dengan stigma dari ahli keluarga kerana mengandung pada usia remaja. http://fatherandchild.org.nz/programmes-and-services/teen-dads
- Maafkan diri anda
Anda mungkin berasa serba salah ke atas apa yang telah berlaku. Anda mungkin berasa malu. Maafkan diri anda. Apa yang sudah berlaku tidak boleh dibetulkan. Orang lain kerap menyalahkan remaja lelaki apabila seseorang gadis mengandung. Walaupun anda rasa bersalah, anda perlu tabahkan hati dan bersedia untuk menharungi masa terdekat dan masa depan demi kebajikan anak yang akan lahir. Tabahkan hati dan hadapi situasi di depan anda.
- Ambil tanggungjawab keibubapaan
Remaja boleh mendaftar nama mereka sebagai bapa kepada anak yang lahir. Namun, umur, status perkahwinan dan agama seseorang remaja akan mempengaruhi implikasi ke atas pendaftaran anak dan hak sah remaja lelaki sebagai bapa.
- Kejayaan akademik
Jika anda berjaya dari segi akademik, anda berpeluang mendapat kerjaya yang berpendapatan tinggi dan stabil. Ianya penting bagi menampung kos penjagaan anak. Oleh itu, belajarlah rajin-rajin. Cuba sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan menengah. ANDA BOLEH!
- Prihatin terhadap kebajikan anak
Anak yang lahir akan memerlukan kasih sayang dan masa anda. Anak tersebut patut mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk membesar sebagai seorang individu yang bersopan, cerdik dan sihat. Ia adalah tanggungjawab anda dan teman anda. Jika anda kurang yakin, remaja juga boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dapatkan bantuan dan nasihat dari ahli keluarga atau rakan yang berpengalaman.
ANAK ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA
RUJUKAN
Penulis | : | Dr. Thiyagar Nadarajaw |
Akreditor | : |
Dr Nik Rubiah Nik Abd. Rashid |