A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Ujian Makmal Biokimia
  6. /
  7. Ujian Glukos Tolerans (GTT)

Ujian Glukos Tolerans (GTT)

Definasi

Ujian Glukos Tolerans (GTT) adalah ujian bagi mengukur respon badan seseorang kepada glukos (gula). GTT boleh dijalankan dengan cara oral ataupun suntikan. Ujian GTT yang diambil secara oral dikenali sebagai ujian oral glukos tolerans (OGTT) manakala ujian yang dijalankan melalui suntikan dikenali sebagai ujian injection glucose tolerance test (IGTT). Di negara ini, ujian OGTT yang diamalkan.

Kegunaan

Ujian GTT digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung.

Persediaan pesakit

Pesakit dikehendaki mengambil diet normal selama 3 hari sebelum ujian dijalankan. Pada hari ujian dijalankan, pesakit dikehendaki berpuasa selama 8-10 jam. Darah akan diambil sebelum pesakit diberi air glukos. Pesakit akan diberi air glukos dan dikehendaki minum dalam masa 5 minit. Darah akan diambil selepas 2 jam bagi mengukur kandungan glukos. Sepanjang proses ujian dijalankan pesakit dikehendaki berehat dan hanya dibenarkan minum air kosong.

Persediaan pesakit

Ujian yang dijalankan

Ujian yang dijalankan adalah ujian glukos dalam keadaan puasa dan ujian glukos selepas 2 jam pengambilan glukos. Ujian boleh dijalankan menggunakan sampel darah yang diambil dari hujung jari ataupun lengan. Ujian glukos bagi sampel darah yang diambil pada bahagian lengan hendaklah dijalankan dengan kadar segera atau sampel darah perlu diasingkan plasmanya. Sampel bagi plasma glukos hendaklah diambil di dalam tiub yang mengandungi bahan glycolytic inhibitor.

Method yang digunakan

Ujian glukos (GTT) dijalankan menggunakan mesin dengan method Hexokinase atau Glucose oxidase atau Glucose dehydrogenase.

Nilai normal

Berpuasa <7.0 mmol/L (126mg/dL)

2 jam selepas pengambilan glukos <7.8mmol/L (140mg/dL)

Tempat ujian dijalankan

Ujian ini boleh dijalankan di semua klinik kesihatan dan hospital

Kepentingan ujian

Ujian GTT amat penting dalam diagnosis pesakit pre-diabetis dan diabetis semasa mengandung. Bagi pesakit pre-diabetis, ia dapat menghalang pesakit tersebut mendapat diabetis. Manakala bagi pesakit diabetis semasa mengandung pun, ia dapat menghalang dan merawat komplikasi semasa ibu mengandung dan bersalin.

RUJUKAN

  1. Marshall, W. J., & Bangert, S. K. (2008). Clinical Chemistry (6th). United Kingdom: Mosby Elsevier.
  2. Chandrasoma, P., & Taylor, C. R. (1995). Concise Pathology (3rd ed). Stamford: Appleton & Lange.
  3. Leeuwen, M.V., Leeuwan, M.D., Opmeer, B.C., Limpens, J., Serlie, M.J., Reitsma, j.b., et al. (2012). Glucose Challenge Test for Detecting Gestational Diabetes Mellitus: A Systemic Review. An International Journal of Obstetrics and Gynaecology,119, 393-401.
  4. Glucose Screening and Tolerance Tests During Pregnancy. Retrieved May 29, 2015, from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007562.htm.
  5. Glucose Tolerance Test Non-Pregnant. Retrieved May 29, 2015, from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003466.htm.
Semakan Akhir : 31 Januari 2016
Penulis/Penterjemah : Yogeswary a/p Sivaraju
Akreditor : Sabab bin Hashim

Artikel Berkaitan

Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Heel Spur

Pengenalan Tulang tumit adalah tulang yang terbesar di kaki dan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia