A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pandanglah Mama

Pandangan mata merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi. Ia berlaku apabila 2 orang bertentang mata pada masa yang sama.

Amir mahukan sesuatu sambil menarik tangan mama tetapi Amir langsung tidak mahu melihat mamanya. Mama berkata, “Lihat la mama.. pandanglah mama bila cakap”. Komunikasi tanpa pandangan mata, bahasa gerak tubuh, dan expresi muka ibarat mee kosong tanpa rencah. Maklumat atau mesej utama sampai kepada pendengar tetapi informasi-informasi sosial seperti emosi pencerita hilang.

Kemahiran Pragmatik

Pragmatik merujuk kepada kemahiran penggunaan bahasa di dalam komunikasi seharian kita. Ini termasuklah bagaimana kita bertutur, perkataan atau ayat yang digunakan untuk menyampaikan maksud, gerak tubuh dan kesesuaian penggunaan bahasa dalam situasi tertentu atau adat resam di kawasan tersebut.

Individu yang mempunyai masalah kemahiran pragmatik kerap mengalami masalah untuk memahami pertuturan orang lain dan sukar untuk respon dalam komunikasi.

Pandangan Mata

  • Pandangan mata merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi.
  • Ia berlaku apabila 2 orang bertentang mata pada masa yang sama

    Pandangan-Mata1
  • Pandangan mata merupakan salah satu komunikasi bukan verbal yang memberikan maklumat penting dari segi sosial dan emosi.
  • Sesetengah golongan mempunyai masalah untuk membuat pandangan mata seperti mereka yang mepunyai masalah Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Attention Deficit and Hyperactivity Disorder (ADHD).

Kenapa Pandangan Mata Penting?

  • Pandangan mata merupakan pusat tumpuan. Apabila kita memandang mata antara satu sama lain dalam perbualan, kita akan mendapat maklumat sama ada rakan perbualan tersebut mendengar dan mempunyai minat terhadap perbualan tersebut ataupun tidak.
  • Menyediakan informasi sosial dan emosi. Pandangan mata mendedahkan pemikiran dan emosi kita. Dengan melihat pandangan mata seseorang, kita boleh menggambarkan perasaan mereka samada sedih, gembira atau ingin tahu.
  • Pandangan mata membina hubungan yang rapat. Pandangan mata mencipta keadaan dimana anda merasai apa yang dirasai oleh orang lain.

Bila Bayi Saya Perlu Mula Membuat Pandangan Mata dengan Saya?

  • Pada usia antara 0 ke 3 bulan, bayi mula melihat mata dan mulut penutur dengan niat.
  • Seawal 4 bulan, bayi telah mula untuk membuat pandangan mata untuk berkomunikasi dengan orang disekelilingnya terutama ibu bapa secara konsisten.
  • Pada usia 9 bulan, bayi bersedia ke peringkat seterusnya iaitu joint attention sekiranya kemahiran pandangan mata asas telah dikuasai.
  • Bayi menggunakan pandangan mata, gerak tubuh badan dan bunyi bagi menyampaikan kehendaknya. Mesej yang ingin dikongsi disampaikan kepada pendengar melalui pandangan matanya ke arah benda yang menarik minatnya.

Bagaimana mahu mengajar dan menggalakkan anak membuat kontak mata?

Bagaimana mahu mengajar dan menggalakkan anak membuat kontak mata

  • Panggil anak dan pegang mukanya menghadap muka kita sebelum dan ketika sedang bercakap dengannya.
  • Puji apabila anak membuat pandangan mata ketika berkomunikasi atau ketika nama dipanggil
    Contoh: “Bagus Zawir pandang Ummi bila bercakap.”
  • Gunakan ekspresi muka yang menarik minat anak untuk memandang muka dan dan memandang mata kita.
  • Ketika sedang bermain, letakkan mainan yang bersaiz sederhana berdekatan mata anda.
  • Sediakan situasi di mana anak perlu meminta dan membuat pandangan mata sebelum mendapat barang yang dikehendakinya.
  • Bermain boo boo chak dengan kanak-kanak yang masih kecil

Rujukan

  1. M.N. ,(2007), Hedge’s PocketGuide to Treatment in Speech-Language Pathology, Delmar Cengage Learning.
  2. J, Brown J, Mercer-Moseley, C., (2001), St. Gabriel’s Curriculum (Second Edition 2005)
  3. Pragmatic Language Tips; retrieved 30/8/2015 from http://www.asha.org

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurhayati bt. Mohd Mossadeq
Akreditor : Noormala bt. Anuar Ali
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS)

Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS) pada bayi baru lahir, juga dikenali sebagai penyakit membran hyalin, adalah komplikasi biasa dikalangan bayi pramatang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia