A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Penyalahgunaan Melamine Dalam Makanan

Penyalahgunaan Melamine Dalam Makanan

Apa Itu Melamina (Melamine) ?

Melamina adalah bahan kimia organik yang kaya dengan nitrogen dan kebiasaannya ditemui dalam bentuk kristal putih.

melamina1

melamina2

Sumber : www.kobawalacontainers.com

Sumber : www.tradekorea.com

Gambar 1 : Melamina.


Apakah Kegunaan Melamina?

Melamina biasanya dihasilkan untuk kegunaan industri, antaranya dalam pembuatan :

  • Plastik
  • Bahan pembersih
  • Gam
  • Baja
  • Peralatan dan pinggan.
melamine-kegunaan
  Gambar 2 : Kegunaan melamina


Adakah Melamina Boleh Ditambah Ke Dalam Makanan?

Melamina TIDAK DIBENARKAN ditambah ke dalam makanan. Penambahan melamina dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 


Adakah Penyalahgunaan Melamina Dalam Makanan Pernah Berlaku?

Pada tahun 2008, melamina pernah ditambah ke dalam susu di China. Melamina ditambah ke dalam susu secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein di dalam susu.

Susu yang mengandungi melamina dibuangGambar 3 : Susu yang mengandungi melamina dibuang. (Sumber : www.kosmo.com.my)


Apakah Kesan Melamina Kepada Manusia?

Kesan melamina secara langsung mengakibatkan iritasi (rasa tidak selesa seperti gatal-gatal/sakit/pedih) apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.

Pengambilan melamina melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan, pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal terutamanya kepada bayi.

kidney-stone

Gambar 4 : Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing. (Sumber : 1.bp.blogspot.com)


Apakah Kesan Pengambilan Melamina Secara Berlebihan Ke Atas Manusia?

While there are no direct human studies on the effect of melamine data from animal studies can be used to predict adverse health effects. Melamine alone can cause bladder stones in animal tests. When combined with cyanuric acid, which may also present in melamine powder, melamine can form crystals that can give rise to kidney stones. (source: WHO).

Melamina dalam makanan akan menjadi lebih bahaya jika bercampur dengan cyanuric acid iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam makanan.


Apakah Tahap Melamina Yang Dibenarkan Dalam Makanan?

Penambahan melamina dalam makanan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, disebabkan penggunaan melamina yang meluas dalam industri termasuklah dalam pembuatan bahan yang bersentuhan dengan makanan (food contact material), tahap melamina yang rendah boleh dikesan di dalam makanan.

Tahap maksimum melamin yang dibenarkan (action level) dalam makanan secara tidak sengaja (unintentional) atau tidak dapat dielakkan (unavoidable) adalah :

  • 1 mg/kg bagi makanan bayi, dan
  • 2.5 mg/kg bagi makanan lain.

Sekiranya produk makanan dikesan mengandungi melamina melebihi tahap maksimum yang dibenarkan, tindakan undang-undang akan diambil.


Apakah Tindakan Yang Boleh Dikenakan Sekiranya Melamina Dikesan Melebihi Tahap Maksimum Yang Dibenarkan Dalam Makanan?

Sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan tegas akan diambil dan akan didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali.


Adakah Selamat Menggunakan Melamine Ware?

Melamine ware seperti pinggan-mangkuk, jag, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan. Melamine ware diperbuat daripada melamina, urea, bahan organik dan formaldehid. Melamina merupakan bahan yang tahan haba dan sangat stabil. Melamine ware mampu tahan pada haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.

Gambar 5 : Melamine ware.

Terdapat beberapa kajian mengenai migrasi melamina yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa. Keputusan menunjukkan terdapat migrasi melamina daripada melamine ware pada paras yang rendah. European Union (EU) telah menetapkan Specific Migration Limit (SML) bagi melamina adalah 30 kg/mg (ppm).

Kadar migrasi melamina meningkat pada suhu tinggi, keadaan berasid dan penggunaan melamine ware yang berulang-kali. Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan melamine ware pada suhu yang ekstrem seperti di dalam oven dan ketuhar gelombang.

 

Rujukan:

  1. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. (2013). International Law Book Services.
  2. Codex Alimentarius Intentional Food Standard. (1995). Codex General Standard For Contaminants and Toxins in Food and Feed (Codex Stan 193-1995).
  3. Melamine in Tableware: Questions and Answers. (2013, March 25). Retrieved at April 3,2014 from S. Food and Drug Administration : http://www.fda.gov/Food/ResourcesForYou/Consumers/ucm199525.htm
  4. World Health Organization (2008), Melamine and Cyanuric Acid: Toxicity, Preliminary Risk Assessment and Guidance on Levels in Food.

 

Semakan akhir : 30 Jun 2016
Penulis : Asmah binti Omar
Akreditor : Zawiyah binti Sharif

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia