Pengenalan
Satu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang berkekalan. Ia terdiri daripada bronkitis kronik dan emphysema.
Ia berpunca daripada radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru.
Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.
Kadar kejadian penyakit ini di kalangan lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.
Tanda & Simptom
Tanda dan simptom termasuklah:
- Sesak nafas
- Batuk yang berpanjangan
- Kahak yang berlebihan
- Nafas berbunyi (wheezing)
- Dada berasa ketat
- Mudah penat semasa bersenam
- Keletihan
- Gangguan tidur
- Pengurangan berat badan
Komplikasi
Fizikal
- Jangkitan paru-paru yang kerap
- Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)
- Lemah jantung
- Pengurangan berat badan
Psikologi
- Kemurungan dan keresahan
- Tekanan kepada penjaga
Sosial
- Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam
- Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat-ubatan
- Berhenti merokok – dapatkan bantuan dari klinik berhenti merokok
- Rehabilitasi Paru-paru – sila rujuk seksyen rehabilitasi
Rawatan Ubat-ubatan
- Rawatan menggunakan alat sedutan (inhaler) adalah rawatan utama.
- Rawatan lain seperti pil dan penggunaan mesin nebulizer hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor
- Rawatan oksigen mungkin diperlukan untuk segelintir kes.
- Ubat antibiotik boleh digunakan dalam rawatan jangkitan paru-paru dengan nasihat doktor
Pencegahan
Berhenti Merokok – Terapi gantian nikotin mungkin boleh membantu
Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru.
Rehabilitasi
Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan pegawai dietetik.
Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian.Penilaian oleh pakar psikologi dan pegawai kebajikan perubatan boleh juga membantu untuk kes-kes tertentu
Semakan akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Joseph Ngeh |
: | Dr. Mohd Daud Che Yusof | |
: | Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam | |
Penyemak | : | Dr. George Taye |