Pengenalan
Masalah penelanan di kalangan bayi dikenali sebagai masalah feeding. Masalah ini lazimnya berlaku pada bayi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) yang melibatkan :
- Bayi pramatang yang baru lahir
- Bayi yang mengalami masalah perubatan
Apa itu masalah penelanan di kalangan bayi (feeding)?
Masalah feeding berlaku apabila bayi gagal untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan perkembangan dan pertambahan berat badan. Masalah ini berlaku dalam tempoh sebulan atau lebih pada bayi berusia enam bulan ke bawah. Lazimnya, bayi di NICU boleh mengalami masalah feeding seperti:
- Sukar untuk menghisap, bernafas dan menelan secara teratur
- Masa penyusuan yang lama
- Bayi cepat penat sebelum habis waktu menyusu
- Masalah sensori oral
- Tersedak ketika menyusu
- Masalah perubatan atau fizikal
Keperluan nutrisi bayi di NICU
Bayi di NICU memerlukan bantuan tiub pemakanan bagi membekalkan keperluan nutrisi tubuh.
Bantuan pemakanan (Enteral feedings) diberikan apabila sistem penghadaman bayi telah bersedia dan boleh menerima susu badan atau susu formula.
Tiub pemakanan boleh diberikan melalui:
- Tiub pemakanan melalui mulut (orogastric – OG) atau hidung (nasogastric – NG)
- Parenteral Nutrition (PN)Nutrisi diberikan melalui saluran darah. Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak mempunyai sistem penghadaman bagi memproses nutrisi.
Apakah intervensi awal yang boleh diberikan kepada bayi di NICU dengan masalah feeding?
- Rangsang hisapan
Pada usia 32 minggu, bayi boleh menerima rangsangan dengan usapan untuk merangsang refleks menghisap. Berikut adalah aturan untuk merangsang refleks menghisap untuk bayi anda. - Hisapan tanpa nutrisi (Non-nutritive suck – NNS)
NNS amat digalakkan terutama kepada bayi pramatang. Berikan bayi anda menghisap puting, jari atau payu dara ibu (tanpa pengeluaran susu).
Corak hisapan bayi semasa NNS adalah kedengaran seperti letusan yang teratur dan diselangi dengan hentian sementara. Ini adalah asas kepada hisapan dengan nutrisi (nutritive sucking – NS).
-
- Menghisap puting
- Menghisap payu dara (tanpa susu)
-
Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa di NICU
SLT berperanan dalam menilai kemahiran sebelum feeding serta bayi yang masih belum dapat menyusu melalui mulut. Berikut adalah penilaian dan juga program yang boleh diberikan kepada bayi dengan masalah feeding di NICU:
- Konsultasi pra-feeding
- Program oral motor/ rangsangan oral motor
- Penilaian feeding dan modifikasi
- Intervensi feeding
- Memberikan pendidikan kepada ibu bapa dan penjaga
Kerjasama daripada semua pihak memainkan peranan penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan bayi di NICU.
Rujukan
- Boone, A. NICU to Home: A Perspective on Feeding Difficulties. Retrieved from http://handtohold.org/resources/helpful-articles/nicu-to-home-a-perspective-on-feeding-difficulties/
- Dewier,J.L. The Speech-Language Pathologist’s Role in The Neonatal Intensive Care Unit. Spring. Retrieved from http://opensiuc.lib.siu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1277&context=gs_rp
- WordPress.com. Dysphagia in The NICU. Retrieved from https://dysphagiainthenicu.wordpress.com/common-feeding-issues/
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Nurshahira bt. Razali |
Akreditor | : | Wahida bt. Mohd Abd Wahab |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |