Apa itu kecederaan ACL?
ACL atau ligamen anterior cruciate adalah salah satu dari 4 ligamen yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut. ACL terbentuk dari fiber yang kuat. Ia berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakkan tersebut. Ia juga membantu mengelakkan hyperektensi lutut.
Salah satu kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut adalah, terkehel atau terseliuh. Daripada 4 ligamen yang utama di lutut, kecederaan pada ACL akan menyebabkan kelemahan pada sendi lutut yang ketara.
|
Sumber : http://orthoinfo.org.com Sumber : http://www.englewoodortho.com
Takrif /huraian kecederaan ACL
Separuh dari kes-kes kecederaan ACL biasanya akan melibatkan kecederaan struktur lutut yang lain seperti rawan artikular, meniscus atau ligamen-ligamen lain.
Terseliuh/terkehel (sprain) ia lah kecederaan ligament yang digredkan seperti berikut;
- Gred 1 Sprain. Kecederaan ringan, sedikit regangan pada ligamen tetapi sendi lutut masih stabil
- Gred 2 Sprain. Regangan pada ligamen sehingga tahap dimana ligamen menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak.
- Gred 3 Sprain. Kecederaan ligamen ini kebiasaannya disebut ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya. Ligamen akan terbelah dua dan sendi lutut akan hilang kestabilan.
‘Partial tear’ pada ACL jarang berlaku, kebanyakan kecederaan pada ACL adalah ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya
Apakah penyebab terjadinya kecederaan ACL?
Kecederaan ACL biasanya melibatkan aktiviti sukan. 80% dari kecederaan ACL adalah kecederaan‘non-contact’.
Kecederaan pada ACL boleh berlaku dalam pelbagai situasi;
- Mengubah arah gerakan dengan pantas.
- Berhenti secara mengejut.
- Mengurangkan kelajuan semasa berlari.
- Landing yang tidak betul selepas melompat.
- Di langgar (collision) atau bertembung seperti ‘football tackle’.
Simptom dan tanda-tanda apakah yang akan dialami ketika kecederaan ACL?
Apabila ACL anda tercedera, anda mungkin terdengar bunyi ‘pop’ dan anda akan merasa lutut anda menjadi longgar. Antara simptom dan tanda-tanda lain ialah:
- Sakit dan bengkak.
- Kurang pergerakan sendi lutut.
- Sakit keliling sendi lutut bila ditekan.
- Rasa tidak selesa semasa berjalan.
Apakah diagnosis bagi kecederaan ACL?
Kebanyakan kecederaan ligamen boleh di kenalpastikan dengan pemeriksaan fizikal yang teliti pada sendi lutut. Tumpuan di beri kepada tanda-tanda ketidak stabilan ACL. Perbandingan antara lutut yang cedera dan yang tidak cedera perlu dilakukan.
- Ujian ACL khusus: ligamen tersebut di regangkan, ketidakstabilan ACL akan dapat di kesan.
- X-ray – dapat menunjukkan sekiranya ada tulang patah
- Magnetic resonance imaging (MRI) scan. – gambar yang akan menunukkan dengan jelas nya kecederaan ligamen
Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?
Rawatan Fisioterapi akan membantu untuk:
- Mengurangkan sakit dan inflamasi.
- Mengembalikan julat pergerakan lutut.
- Menguatkan otot-otot bahagian pinggul, lutut dan kaki.
- Memperbetulkan kedudukan patellofemoral (knee cap).
- Menambahbaik proprioception, ketangkasan dan keseimbangan.
- Menambahbaik teknik dan fungseperti berjalan, berlari, menyangkung, melompat dan menapak.
- Mengurangkan risiko tercedera semula.
Apakah rawatan Fisioterapi untuk kecederaan ACM
- Modaliti untuk mengurangkan sakit.
Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk mengurangkan sakit. Rawatan ais wajar digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential pula akan dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.
2. Senaman
Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot lutut.
Lakukan senaman 3 – 4 kali sehari.
Static Quadriceps contraction (kaki kiri)
|
Static Hamstring contraction (kaki kiri)
|
Heel Slide
|
Straight Leg Lift
|
Straight Leg Lift (Mengiring)
|
Static Cycling
|
Standing Toe Raise
|
Standing Hamstring Curl
|
Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
|
Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu |
3. Nasihat
- Elakkan pergerakan melampau, urutan atau beban pada lutut yang cedera. Rehat dan jangan gerakkan sangat lutut yang cedera.
- Sentiasa berusaha menguatkan otot-otot lutut dan jangan bersukan atau melakukan aktiviti yang membebankan semasa sakit.
- Jangan lupa menguatkan kumpulan kumpulan otot yang bertentangan (Quadriceps dan Hamstrings).
Bagaimana cara kecederaan ACL dapat dielakkan?
Cara terbaik untuk mengelakkan kecederaan ACL adalah dengan meregangkan dan menguatkan otot anggota bawah, terutamanya otot depan dan belakang peha (Quadricep dan Hamstring).
Anda juga boleh membantu dalam mengelakkan kecederaan dengan :
- Mengelak memakai kasut sukan yang mempunyai kayu (cleat) untuk contact sport.
- Mengelak memakai kasut tumit tinggi.
- Elakkan dari melibatkan diri dalam sukan yang banyak pergerakan berputar dan contact.
Sumber rujukan
- John Miller (2015) ACL injury: What is ACL injury? http://physioworks.com.au/ acl-anterior-cruciate-ligament-injuries
- Stuart J. Fisher (2014) Anterior Cruciate Ligament Injuries http://orthoinfo.aaos.org.com
- Amy E, Micheo W (2008) Anterior Cruciate Ligament(ACL) Injuries-Prevention http://www.webmed.com
- Brad Walker (2007) ACL Injury and ACL Tear – Treatment and Rehabilitation http://www.stretchcoach.com/articles/acl-injury
Sumber gambar
- (2013) http://www.englewoodortho.com/ Retrieved August 18, 2015.
- (2014) http://orthoinfo.aaos.org.com/ Retrieved August 19, 2015
- (2015) Unit Fisioterapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Retrieved August 20, 2015
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Halimah binti Hashim |
Akreditor | : | Daaljit Singh a/l Harbachan Singh |
Penyemak | : | Halimah binti Hashim |