Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama? Atau mempunyai anak yang sukar menyebut bunyi /r/?
Seorang lelaki pernah datang berjumpa saya meluahkan rasa sedihnya kerana sejak kecil sehingga sudah bergelar bapa masih tidak dapat membaca ayat Al-Quran dengan sempurna.
Apabila dia menyebut bunyi /ro/, bunyinya seperti /lam/. Pelbagai usaha telah dibuat, namun belum berhasil termasuklah mengikut petua orang tua iaitu kikis lidah dengan daun kelapa kerana berkemungkinan lidahnya tebal atau pendek.
Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain. Malah, seorang ketua penyelidik dan penasihat saintifik kepada Speech Buddies, Dennis Ruscello, daripada Universiti Barat Virginia, mendapati seramai 91% pakar terapi pertuturan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu kes kanak-kanak yang tidak berjaya dipulihkan walau dengan kaedah terapi.
Di ruangan ini saya akan kongsikan beberapa tip untuk membantu anda atau sesiapa sahaja yang bermasalah menyebut bunyi /r/.
Apakah bunyi /r/?
Bunyi /r/ dikelaskan sebagai bunyi getaran. Ini kerana lidah di dalam rongga mulut digetarkan sehingga menghasilkan bunyi /r/. Bunyi /r/ yang tepat adalah berdasarkan kedudukan lidah yang tepat dan udara hanya bergetar di dalam rongga mulut.
Jika sebaliknya berlaku, si penutur akan menghasilkan bunyi yang lain seperti bunyi /l/, /y/,/w/ atau /gh/. Sebagai contoh /loyi/ untuk perkataan [lori] dan /ghumah/ untuk perkataan [rumah]. Contoh lain adalah, perkataan [burung] akan disebut sebagai /buwung/ dan perkataan [rambut] disebut sebagai /lambut/.
Video berikut menunjukkan penghasilan bunyi /r/ yang tepat.
? Cara menyebut bunyi /r/
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menghasilkan bunyi /r/:
- Angkat lidah depan ke atas dan gerak menghala ke belakang.
- Kemudian tarik lidah ke bawah sedikit tanpa menyentuh lelangit.
- Keluarkan suara untuk menggetarkan lidah dan menghasilkan bunyi /r/.
Beberapa aktiviti lain yang turut membantu penghasilan bunyi /r/ adalah:
Apabila anda telah berjaya menghasilkan bunyi /r/ secara konsisten dan mudah, anda boleh gabungkan bunyi /r/ dengan huruf vokal ‘a’,’e’,’i’,’o’,dan ‘u’. Sebagai contoh, [ra, re, ri, ro dan ru]. Ulang beberapa kali sehingga mahir.
Video di bawah menunjukkan penghasilan bunyi [ra, re, ri, ro dan ru] sebagai panduan pembaca.
? Bunyi sebutan /ra,re,ri,ro,ru/
Akhir sekali, anda boleh buat latihan menyebut perkataan pula seperti senarai di bawah:
Awal
|
Tengah |
Akhir |
Rasa |
Baru |
Air |
SELAMAT MENCUBA!
Rujukan
- Katie Yeh,MA.(2013). How to Elicit (Teach) the /r/ Sound{Part One: Elicitition Techniques}.Diambil pada 28 Ogos 2015 dari http://www.playingwithwords365.com/2013/05/how-to-elicit-teach-the-r-sound/
- Kuster, J. (2015). R sounds. Diambil pada 30 Ogos 2015 dari http://www.mnsu.edu/comdis/kuster2/therapy/rtherapy.html
- Mokhtar Nordin,(2012). Fonetik dan Fonologi. Diambil pada 28 Ogos 2015 dari http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/740617125895_136671_final.pdf
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Rasyikah bt. Mansur |
Akreditor | : | Zaidi bin Ya’acob |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |