Siapakah Yang Boleh Memberikan Bantuan Sokongan Psikososial Kepada Saya Di Klinik Kesihatan?
Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang ditempatkan di klinik-klinik kesihatan terpilih sentiasa bersedia memberikan bantuan psikososial kepada anda.
Perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan telah mula diperkenalkan di klinik-klinik kesihatan terpilih sejak bulan November 2010.
Tujuan perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah bagi membantu mengembalikan dan meningkatkan kefungsian sosial anda sesuai dengan batas keupayaan mereka. Selain daripada itu, ianya bertujuan membantu anda mendapat faedah yang optima daripada rawatan dan pemulihan di klinik kesihatan.
Di Klinik Kesihatan Manakah Saya Boleh Mendapat Bantuan Sokongan Psikososial?
- Klinik Kesihatan Sikamat, Negeri Sembilan
- Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Selangor
- Klinik Kesihatan Buntong, Perak
- Klinik Kesihatan Jalan Mahmoodiah Johor Bahru, Johor
- Klinik Kesihatan Batu Kawan, Kuching, Sarawak.
- Klinik Kesihatan Tumpat, Kelantan
- Klinik Kesihatan Kuala Berang, Terengganu
- Klinik Kesihatan Pendang, Kedah
- Klinik Kesihatan Kajang, Selangor
- Klinik Kesihatan Kangar, Perlis
- Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu, Kelantan
- Klinik Kesihatan Kuantan, Pahang
- Klinik Kesihatan Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Klinik Kesihatan Greentown, Perak
- Klinik Kesihatan Padang Serai, Kedah
- Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur
- Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
- Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka
- Klinik Kesihatan Luyang, Sabah
- Klinik Kesihatan Muar, Johor
Jenis Perkhidmatan Bantuan Sokongan Psikososial di Klinik Kesihatan
1. Terapi sokongan | Keterangan | |||||||||
|
a. Membantu dan membimbing anda
b. Kenal pasti sokongan sosial untuk menghadapi cabaran c. Ke arah celik akal dalam mencari penyelesaian masalah d. Memberi peluang kepada diri anda untuk membuat keputusan |
|||||||||
2. Bantuan Praktik | Keterangan | |||||||||
|
|
|||||||||
3. Program Komuniti, Promosi dan Pencegahan | Keterangan | |||||||||
|
|
Bagaimana Saya Boleh Mendapat Bantuan Sokongan Psikososial Di Klinik Kesihatan?
1. Anda hanya perlu mendapatkan rujukan daripada Pegawai Perubatan untuk berurusan dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di klinik anda mendapat rawatan.
2. Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan melakukan penilaian biopsikososial untuk:
- Mengenal pasti masalah yang anda hadapi
- Menentukan kesesuaian dan keperluan bantuan kepada anda
- Membuat lawatan ke tempat tinggal anda sekiranya perlu
- Bertindak membantu mengikut keperluan anda
3. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilengkapkan oleh pesakit untuk permohonan bantuan praktik yang diperlukan oleh pesakit:
- Laporan pengesahan penyakit, rawatan dan syor keperluan bantuan oleh Pegawai Perubatan.
- Sebut harga bagi pembelian peralatan perubatan /ubat yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan.
- Salinan Kad Pengenalan sendiri dan ahli keluarga yang tinggal serumah.
- Salinan slip gaji pesakit dan ahli keluarga terkini (sekiranya bekerja).
- Salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terkini (sekiranya ada).
- Salinan bil-bil kos perbelanjaan bulanan seperti telefon, elektrik, air dan lain-lain yang berkaitan.
- Dokumen sokongan lain jika diperlukan akan dimaklumkan.
Kumpulan Sasaran Penerima Bantuan Psikososial di Klinik Kesihatan
Jenis Kes dan Kumpulan Sasaran | |||||||||
|
|
Senarai Sumber-Sumber Komuniti Utama Yang Mempunyai Jaringan Kerjasama dengan Unit Kerja Sosial Perubatan di Klinik Kesihatan Dalam Membantu Pesakit Mengikut Tempat Tinggal Pesakit. Antaranya adalah:
Agensi Kerajaan Yang Terlibat | Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Terlibat |
|
|
Semakan Akhir | : | 19 April 2016 |
Penulis | : | Pn. Mumtaz Jehan Binti Abdul Rashid |
Akreditor | : | Suraiyah Binti Husain |