A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Penentuan Morfologi (Rupa Bentuk)...

Penentuan Morfologi (Rupa Bentuk) Sperma Dengan Menggunakan Sistem “CASA”

Pengenalan

Morfologi (rupa bentuk) sel sperma adalah hasil akhir daripada proses yang sangat kompleks yang melibatkan pengubahsuaian pada peringkat selular yang berlaku semasa proses spermiogenesis. Pada manusia, ia membawa kepada corak morfologi yang berbeza-beza  dan boleh dikaitkan dengan kegagalan fungsi sperma. Penilaian morfologi sel sperma manusia yang normal dan juga tidak normal telah menjadi sebahagian daripada analisis sampel ejakulasi bagi pasangan yang datang untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Penganalisaan  Sperma Berkomputer (CASA)

Penganalisaan  Sperma Berkomputer (CASA); juga dikenali sebagai penganalisa kualiti sperma, penganalisa pergerakan sperma berkomputer dan kaedah mikro-fotografi. Penilaian komputer telah digunakan selama bertahun-tahun untuk menyediakan satu ukuran yang objektif bagi ciri-ciri suatu sampel ejakulasi merangkumi penilaian pergerakan, kepekatan dan juga morfologi. Walau bagaimanapun, fokus artikel ini akan menyentuh penganalisaan imej bagi mengenal pasti morfologi sperma yang normal dan tidak normal.

Sistem CASA biasanya terdiri daripada mikroskop, kamera video dan perisian morfologi. Alat penerima pada system computer akan menerima imej dari kamera video untuk dianalisa oleh perisian morfologi. Analisa ini digunakan untuk mengklasifikasikan bentuk sperma yang berbeza-beza iaitu normal, separa normal atau tidak normal.

Penilaian Morfologi Sperma

Morfologi sperma dinilai dan dianalisis menggunakan Kruger-Tygerberg Kriteria seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menggunakan kriteria ini, sebarang sel sperma yang dikategorikan sebagai separa normal atau hampir normal akan diklasifikasikan sebagai sel sperma yang tidak normal.

Langkah-langkah yang terlibat dalam penilaian morfologi sperma  adalah:

  • 5-10 µL sampel (bergantung kepada kepekatan) diletakkan di atas slaid yang bersih untuk dibuat calitan  (smear).
  • Jika kepekatan sperma adalah rendah (<2 × 10x6 per ml), sampel perlu diproses menggunakan kaedah pengemparan untuk meningkatkan jumlah sperma yang dianalisa diatas slaid
  • Pengeringan smear pada keadaan bilik sekurang-kurangnya selama 1 jam atau dibiar atas warmer selama 10-15 minit.
  • Pewarnaan slaid (staining) menggunakan protokol pewarnaan Diff Quik (atau apa-apa kaedah pewarnaan lain yang sesuai)
  • Pemeriksaan slaid dengan medan cahaya optik pada magnifikasi × 1000 pembesaran
  • Membaca kira-kira 200 spermatozoa dan nilai sperma normal ditentukan dalam bentuk peratus.

Morfologi Sperma Yang Normal

Sperma yang normal mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Bahagian kepala sel sperma adalah licin, berbentuk bujur iaitu 5-6 mikrometer panjang dan 2.5 – 3.5 mikrometer lebar (kurang daripada saiz titik jarum)
  • Bahagian akrosom yang jelas (acrosome) yang meliputi 40% hingga 70% daripada kepala sperma
  • Ketidaknormalan yang boleh dilihat pada bahagian leher atau ekor.
  • Tiada lekatan sitoplasma pada kepala sperma yang saiznya tidak melebihi setengah  saiz kepala sperma
  • Tiada segmen yang berulang (contoh ,dua kepala dan dua ekor)

Contoh – Contoh Morfologi Sperma (NORMAL VS ABNORMAL) & CASA System

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian dari abnormaliti sperma yang boleh dijumpai di dalam sampel ejakulasi


Sumber : www.parallabs.com

Kelebihan dan kekurangan dalam penilaian morfologi dengan sistem CASA

Kelebihan

Kekurangan

  • Setiap pengukuran sel sperma adalah tepat
  • Ia menghasilkan keputusan yang tepat yang sama apabila juruteknik berbeza menilai slaid yang sama
  • Dapat memberi bacaan tambahan termasuk motiliti dan kepekatan sampel
  • Terjejas apabila metodologi yang diambil tidak konsisten seperti focus mikroskop, pencahayaan, dan teknik smearing, pewarnaan dan masalah teknikal ketikal membezakan kepala sperma sel-sel atau kotoran lain

Parameter air mani yang normal (WHO 2010)

Parameter

Nilai

Isipadu (ml)

1.5

Jumlah sperma (106 per ejaculate)

39×106

Kepekatan (106 per ml)

15×106

Jumlah pergerakan

40%

Pergerakan progresif

32%

Vitaliti

58%

Morfologi sperma

4%

pH

7.2-7.8

Kesimpulan

Dua kajian telah melaporkan hubungan yang signifikan antara keputusan penilaian morfologi automatik dan kesuburan. Coetzee et al. (1999) mendapati bahawa hasil analisa morfologi dapat digunakan untuk meramal kadar persenyawaan in vitro dan kehamilan normal.

Lebih banyak hasil kajian kesuburan dalam populasi yang besar diperlukan untuk memperhalusi penggunaan system  CASA untuk mengukur morfologi sperma. Sistem automatik ini mungkin memainkan peranan dalam menyediakan data bagi mengawal kualiti, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan kebaikannya untuk kegunaan di setiap klinik.

Rujukan

  1. Auger, J., Eustache, F., Andersen, A. G., Irvine, D. S., Jorgensen, N., and Skakkebaek, N. E. et al. (2001). Sperm Morphological defects Related To Environment, Lifestyle And Medical History of 1001 male Partners Of Pregnant Women From Four European Cities. Human Reproduction. 16. 2710-2717
  2. Keegan, B. R. and Barton, S. (2007). Isolated teratozoospermia does not affect in vitro fertilization outcome and is not an indication for intracytoplasmic sperm injection. Fertility & Sterility (Vol. 88). 1583-1588.
  3. Kruger, T. F and Coetzee, K. (1999). The Role Of Sperm Morphology In Assisted Reproduction. Human Reproduction Update (Vol. 5). 172 – 178.
  4. Nallella, K.P., Sharma, R.K.,  Aziz, N. and Agarwal, A. (2006). Significance Of Characteristics In The Evaluation Of Male Infertility. Fertility and Sterility. 85. 629-633.
  5. Ng, K.K., Donat, R., Lalak, A., Chan, L., Di Pierro, I. and Handelsman, D.J. (2004). Sperm Outpput Of Older Men. Human Reproduction. 19. 1811-1815.
  6. O’ Connell, M., McClure, N. and Lewis, S.E.M. (2002). The Effects Of Cryopreservation On Sperm Morphology, Motility And Mitochondrial Function. Human Reproduction. 17. 704-709.
  7. Thurston, L. M., Watson, P. F., Mileham, A.J. and Holt, W. V. (2001). Morphologically Distinct Sperm Subpopulations Defined by Fourier Shape Descriptors in Fresh Ejaculates Correlate With Variation in Boar Semen Quality Following Cryopreservation. Journal of Andrology (Vol. 22). 382-394.
Semakan Akhir : 14 April 2016
Penulis / Penterjemah : Tajul Ariffin bin Isa
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah

Artikel Berkaitan

Apakah Mikrobiologi

Definisi Mikrobiologi Mikrobiologi merupakan bidang sains yang berkenaan dengan kajian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia