A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tortikolis

Tortikolis bermaksud sebagai teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri.

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan Tortikolis?

Tortikolis bermaksud sebagai teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri. Ini adalah satu kondisi yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala berpusing ke sebelah. Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. Ada beberapa kes congenital torticollis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

Bagi bayi yang baru lahir, tortikolis boleh berlaku di dalam rahim yang disebabkan oleh kepadatan kedudukan dalam janin atau posisi yang tidak normal (seperti dalam kedudukan songsang, dimana punggung bayi menghadap saluran kelahiran bayi. Penggunaan forcep atau vakum dalam proses kelahiran bayi juga boleh menyebabkan terjadinya tortikolis. Ini dipanggil infant torticollis atau congenital muscular torticollis.

Ini adalah satu kondisi yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala berpusing ke sebelah. Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. Ada beberapa kes congenital tortikolis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

torticolis
Sumber: www.fprmed.com

Kekerapan

Kebiasaannya torticollis berlaku pada bayi yang baru lahir. Risiko untuk mendapat tortikolis adalah sama bagi lelaki dan perempuan. Kondisi ini berlaku sewaktu kelahiran sehingga bayi berusia 3 bulan.

Tanda – tanda

1. Tanda – tanda akan muncul apabila bayi yang mempunyai torticollis terlibat dengan mana-mana aktiviti pergerakkan. Mereka mungkin :

  • Memusingkan kepala ke satu arah (ini adalah sukar untuk dikenalpasti bagi bayi yang baru lahir
torticolis1.jpg
Sumber: medical dictionary.thefreedictionary.com
  • Lebih suka melihat anda dengan memusingkan seluruh bahu daripada mengikut pergerakkan mata
  • Akan menghadapi kesukaran semasa menyusu badan ( lebih suka menyusu pada satu belah payudara sahaja)
  • Berusaha untuk menoleh ke arah anda dan akan berputus asa apabila tidak dapat menoleh
    kepala sepenuhnya.

2. Kepala yang leper (positional plagiocephaly) akan terjadi pada sesetengah bayi tortikolis apabila sering baring pada satu atau dua belah arah setiap masa.
3. Satu ketulan atau bonggol yang lebih kurang seperti simpul juga mungkin berlaku pada paras sama dengan rahang.
4. Sesetengah bayi akan mendapat sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher sekaligus menyebabkan pergerakkannya terbatas.

torticolis3.jpg.png
Sumber : www.georgia-clinic.com

Rawatan Fisioterapi

Bayi torticollis perlu dirujuk kepada fisioterapi secepat mungkin kerana sukar untuk melakukan latihan regangan untuk kanak-kanak dewasa yang mempunyai kekejangan otot sternocledomastoid dan tahap aktiviti yang tinggi.

Ahli fisioterapi akan menilai kondisi kanak- kanak tersebut dan akan menyarankan posisi-posisi senaman atau kedua-duanya untuk bayi tersebut.

Ahli Fisioterapi akan menilai semula bayi tersebut mengikut tahap kondisinya.

Sekiranya bayi tersebut mempunyai satu bonggol kecil , dia akan menerima 1 hingga 2 kali rawatan dalam seminggu sekurang-kurangnya selama 6 sesi dan rawatannya diteruskan setiap minggu sehingga bonggol kecil itu berkurangan.

Sekiranya bayi tersebut mempunyai otot leher yang tegang tanpa bonggol, rawatan yang disarankan adalah pada setiap minggu selama sebulan diikuti dengan rawatan susulan selama 2-3 bulan.

Rawatan fisioterapi termasuk ;

  1. Regangan pasif
torticolis6 torticolis7

Sumber : Image 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

2. Membantu pergerakkan leher dan kepala.

torticolis8
sumber: www.pinterest.com

3. Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot.
4. Nasihat mengenai posisi dan postur kepada ibu bapa.
5. Mengajar ibu bapa mengenai senaman yang berkaitan supaya dapat dilakukan di rumah.
6. Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (Disarankan untuk kanak-kanak dewasa sahaja)
7. Penggunaan kolar sekiranya perlu (Disarankan untuk kanak- kanak dewasa sahaja).

torticolis9.jpg

sumber : www.pinterest.com

Senaman regangan harus dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam selepas penyusuan. Secara kebiasaannya, senaman yang dilakukan perlukan secara perlahan dan lembut dimana ianya tidak akan menyebabkan kesakitan. Bayi akan menangis kerana latihan senaman ini akan meletakkan lehernya kepada satu posisi yang tidak normal dan tidak selesa untuk bayi tersebut.

Senaman Di Rumah

  1. Bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak untuk menoleh kepalanya ke satu arah atau kedua dua arah supaya dapat melonggarkan otot leher yang ketat dan mengetatkan otot leher yang lemah.
senaman dirumah senaman dirumah1

Bermain dengan kanak-kanak untuk mengerakkan kepalanya kedua-dua belah

senaman dirumah2
Berkomunikasi dengan kanak-kanak pada kedua -dua arah.
Sumber : Image 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

2.  Semasa penyusuaan, posisikan botol atau payudara pada posisi yang sesuai dimana ia boleh mengalakkan bayi menoleh bertentangan dengan arah / posisi kegemarannya.

penyusuan
Penyusuan pada arah yang bertentangan.
Sumber : Image 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

3.   Muka bayi perlulah menghadap dinding pada waktu tidur. Ini akan mengalakkan bayi menoleh muka ke semua arah dimana secara tidak langsung ini akan meregangkan otot leher yang ketat.

4.   Bermain dengan barang permainan pada arah / posisi yang bertentangan dengan posisi kegemarannya supaya kepala bayi menoleh ke dua dua arah.

bermain bermain1 copy
bermain2 copy bermain4 copy

Terapi permainan

Sumber: Image 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

5.   Sentiasa memerhati posisi bayi sewaktu tidur dalam kereta dan sewaktu rehat. Jangan membiarkan kepala bayi berada pada satu belah untuk jangka masa yang lama. Cuba menarik perhatiannya untuk menoleh pada kedua dua arah.

Bagaimana Tortikolis akan pulih?

Kajian menunjukkan bahawa tortikolis boleh pulih dengan posisi yang betul, latihan regangan, pembetulan posisi dengan sendiri dan latihan kekuatan otot.

Secara kebiasaannya, kondisi ini akan pulih dalam tempoh 1 tahun sekiranya pembetulan posisi dan senaman dilakukan secara betul setiap hari.

Sekiranya kondisi bayi tidak pulih dalam tempoh masa yang ditetapkan, doktor akan menyarankan rawatan pembedahan untuk melonggar dan melembutkan otot yang ketat.

Langkah pencegahan

Memerhati posisi kepala bayi anda setiap hari. Sekiranya didapati posisi kepala tidak normal dan tidak simetri, sila rujuk mana-mana Pegawai Perubatan. Kondisi ini dapat dipulihkan dengan segera dan efektif sekiranya ia dikenalpasti dengan lebih awal lagi.

Kenapa Tortikolis perlu dipulihkan / dirawat?

Adalah sangat penting untuk merawat Tortikolis kerana:

  • Ia akan mengelakkan daripada berlakunya pemendekkan otot secara kekal. Kita juga dapat melihat torticollis dewasa sekiranya tidak dirawat dengan awal.
  • Mengelakkan daripada melakukan rawatan pembedahan.
  • Menngurangkan sakit leher.
  • Mengelakkan komplikasi kedua contonya seperti delayed development motor skills dan plagiocephaly

Rujukan

  1. Jeanne H (2007) Orthopaedic Condition 1st ed pg 199-215. Butterworth Heinemann.
  2. Pamela ME (1993) Elemants of Paediatric 1st ed New York Churchill Livingstone
  3. Roberta BS (1995) Physiotherapy In Paediatrics 3rd ed Butterworth Heinemann.
  4. Stuart BP (2003) Tidy’s Physiotherapy 3rd ed Butterworth Heinemann.

Sumber gambar

  1. www.uofmhealth.org
  2. www.workinggonworkingmom.com
  3. www.necksolutions.com
  4. (2015) Unit Fisioterapi Hospital Taiping. Dirujuk semula pada Julai 2015.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Kogilavani a/p S.Krishnan
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Mengelak Daripada Jatuh

Jatuh adalah salah satu daripada masalah besar yang ditakuti oleh warga tua. Kebelakangan ini, kejadian jatuh telah menjadi topik hangat yang dibincangkan sebagai salah satu isu kesihatan yang penting dalam golongan warga tua di Malaysia.

Penyakit Osgood Schlatter

Osgood Schlatter Disease ialah inflamasi Patella Tendon di kalangan remaja. Struktur Patella Tendon ini terdapat di bawah paras tulang tempurung lutut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia