A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Remaja
  8. /
  9. Rawatan Fisioterapi untuk Sindrom...

Rawatan Fisioterapi untuk Sindrom De Quervain

Sindrom De Quervain adalah antara keadaan yang paling biasa yang menyebabkan sakit di pangkal ibu jari.

 de quervain

Sumber : www.webmd.com

Apakah Sindrom De Quervain?

 sindrom de quervain

Sumber : www.lookfordignosis.com

Sindrom De Quervain adalah antara keadaan yang paling biasa yang menyebabkan sakit di pangkal ibu jari. Dua tendon yang terlibat adalah extensor pollicis brevis dan abductor pollicis longus. Tendon bersalut dalam “sarung” atau terowong di pergelangan tangan. Sindrom De Quervain boleh berlaku secara beransur-ansur atau tiba-tiba apabila tendon menjadi bengkak atau menebal hasil penggunaan berulang-ulang menyebabkan kesukaran pergerakan melalui terowong yang disalutinya. Bengkak pada tendon dan sarung tendon, boleh menyebabkan kesakitan dan ketegangan di sepanjang pangkal ibu jari. Sakit akan meningkat apabila membuat genggaman pada jari tangan, menggenggam sesuatu atau apabila memusing pergelangan tangan.

Apakah Punca Sindrom De Quervain

  • Sindrom De Quervain mungkin disebabkan oleh penggunaan yang berulang-ulang.
  • Sebarang aktiviti melibatkan penggunaan tangan yang berulang atau pergerakan pergelangan tangan, seperti berkebun, bermain golf, sukan raket atau mengangkat bayi anda boleh membuat simptom bertambah teruk.
  • Berhubung-kait dengan kehamilan.
  • Kecederaan secara langsung pada pergelangan tangan atau tendon anda; parut boleh menyekat pergerakan tendon.
  • Radang sendi, seperti Atritis Reumatoid.

Apakah Gejala Sindrom De Quervain?

  • Sakit dan bengkak di sekitar pangkal ibu jari. Sakit boleh merebak sehingga ke lengan.
  • Sensasi “catching” atau “menyentap” boleh dirasai apabila menggerakkan ibu jari.
  • Mempunyai kesukaran membengkok ibu jari.
  • Mempunyai kesukaran mencubit atau menggenggam dengan ibu jari atau tangan.
  • Rasa sakit apabila mengerakkan pergelangan tangan dari sisi ke sisi atau berpusing.
  • Pengalaman pergerakan yang terhad dan rasa kelemahan pada ibu jari.
  • Aktiviti melibatkan mencubit atau menggenggam dengan ibu jari membuatkan gejala lebih teruk, contoh, menulis, membuka balang, mengangkat seorang kanak-kanak, mengetuk dan bersukan.
  • Kebas sepanjang belakang jari telunjuk dan ibu jari (akibat saraf yang terganggu berada di dalam sarung tendon).

Bagaimana Ia Di diagnosa?

Juru fisioterapi anda akan menjalankan ujian Finkelstein, dengan meregangkan tendon dengan perlahan pada ibu jari dan pergelangan tangan melalui terowong extensor itu. Sakit semasa ujian ini menunjukkan tanda positif.

ujian finker

Ujian Finkelstein

Sumber: http://www.physio-pedia.com/File:Finkel.png

Faktor Risiko Mengalami Sindrom De Quervain terdiri daripada :

  • Umur lebih dari 40 tahun.
  • Penggunaan tangan yang kerap.
  • Kondisi adalah lebih kerap di kalangan wanita.
  • Kehamilan. Kondisi mungkin berhubung-kait dengan kehamilan.
  • Penjagaan Bayi. Mengangkat anak anda berulang kali melibatkan penggunaan ibu jari anda.
  • Penyertaan aktif dalam sukan yang melibatkan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan, seperti golf dan tenis.

Komplikasi

Sindrom De Quervain yang tidak dirawat, mungkin menurunkan fungsi tangan dan mengurangkan jarak pergerakan sendi pada tangan.

Rawatan Fisioterapi

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada tangan anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian apabila gejala beransur pulih.

Rawatan boleh terdiri daripada:

  • Rawatan Ais
  • Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
  • Senaman untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti pada ibu jari dan pergelangan tangan.
  • Taping (Plaster)
  • Pendidikan (Elakkan pergerakan yang berulang-ulang pada ibu jari atau pergelangan tangan, elakkan penggunaan tenaga yang kuat pada tangan yang meningkatkan rasa sakit, elakkan meletakkan tangan anda dalam kedudukan yang salah semasa menggunakan tangan)

Senaman untuk Sindrom De Quervain

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SINDROM DE QUERVAIN_clip_image004 RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SINDROM DE QUERVAIN_clip_image002
Regangan pada ibu Regangan pada pergelangan tangan

Sumber :http://www.ipcphysicaltherapy.com/DeQuervainsTendinitis.aspx

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SINDROM DE QUERVAIN_clip_image004_0000 RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SINDROM DE QUERVAIN_clip_image002_0000

Senaman ektensi ibu jari dan abduksi ibu jari menggunakan tali elastik

Sumber :http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/

senaman menguatkan ibu jari mobiliti
Senaman menguatkan ibu jari Senaman mobiliti pergelangan tangan

Sumber : http://www.ipcphysicaltherapy.com/DeQuervainsTendinitis.aspx

taping
Teknik Taping
Sumber : westchestemagazine.com

Kesimpulan

Dengan rawatan fisioterapi yang sesuai, kes akut Sindrom De Quervain biasanya pulih dalam masa beberapa minggu, manakala kes kronik akan mengambil masa lebih dari 6 bulan. Oleh itu, intervensi awal adalah penting untuk mempercepat pemulihan. Pembedahan adalah jarang kecuali rawatan konservatif tidak membantu.

Rujukan

  • Diambil 26 June 2015 www.moveforwardpt.com/SymptomsConditionsDetail.aspx
  • Papa, J.A. 2012. Rawatan konservatif untuk De Quervain’s stenosing tenosynovitis: laporan kes. J Can Chiropr Assoc,  56(2): 112-120
  • Wheeless, Clifford. 2012.”De Quervain’s Disease.” Wheeless’ Textbook of Orthopaedics.  Wheeless’ Textbook of Orthopaedics. 13 Jun. 2010. Duke Orthopaedics. 6 Oct. 2010 <www.wheelessonline.com/ortho/dequervains_disease>.

Sumber Gambar

  • Diambil 26 June 2015
    http://www.ipcphysicaltherapy.com/DeQuervainsTendinitis.aspx
  • Diambil  26 June 2015
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3364060/figure/f3-jcca-v56-2-112/
  • Diambil  26 June 2015
    http://www.physio-pedia.com/File:Finkel.png
  • Diambil  26 June 2015 westchestemagazine.com
  • Diambil 26. June 2015 http://www.webmd.com
  • Diambil  26 June 2015 http:// www.lookfordignosis.com 
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Se To Phui Lin
Akreditor : Daaljit Singh Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Positioning for Stroke Patients

Stroke occurs when blood supply to part of the brain is interrupted or severely reduced either by a blood clot (ischemic stroke) or burst vessels in the brain (hemorrhagic stroke), depriving brain tissue of oxygen and nutrients causing brain cells.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia