Pengenalan
Ada di kalangan kita yang memandang ringan dengan sengatan haiwan berbisa. Secara umumnya, ada yang beranggapan bahawa sengatan haiwan seperti kala jengking, lipan dan ikan sebagai kecederaan yang mudah dirawat dan tidak memerlukan perhatian segera. Hakikatnya, selain daripada kesan kesakitan ia juga boleh berakhir dengan kecacatan. Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis.
Jenis haiwan berbisa
Antara haiwan berbisa yang sering menyengat dan menggigit manusia ialah :
- Haiwan kecil jenis merayap : Kalajengking dan lipan.
- Ular: Jenis tedung, ular kapak (viperidae), ular laut (hydropida)
- Haiwan laut : Ikan bersengat, obor-obor dan batu karang
Foto 1: Contoh-contoh haiwan berbisa
Gejala dan tanda
-
Kesakitan pada tempat gigitan bagi semua gigitan haiwan berbisa.
-
Bagi gigitan ular berbisa terdapat tanda gigi taring.
-
Tempat sengatan kelihatan biru dan hitam.
-
Bagi sengatan kala jengking terasa gatal dan bengkak pada bahagian sengatan.
-
Rasa gelisah, keluar air mata dan air liur yang berlebihan bagi sengatan kala jengking.
-
Berpeluh banyak, mual dan muntah.
-
Sengat ikan berbisa juga biasanya melekat pada tisu yang disengat.
Komplikasi
Komplikasi awal :
- Pengsan.
- Kesukaran bernafas.
- Kejutan anafilaksis
Komplikasi akhir:
- Gangrene pada anggota
- Amputasi dan kecacatan anggota
- Penyakit anjing gila (rabies) akibat gigitan anjing
- Penyakit plague disebabkan oleh gigitan tikus
- Koma
- Kematian
Rawatan.
Di tempat kejadian
-
Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat disembuhkan.
-
Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar
-
Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.
-
Bagi sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah, letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan gangrene.
-
Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah bagi mengalakkan penyempitan salur darah.
-
Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.
-
Hantar mangsa segera ke hospital.
Rawatan di hospital
- Pengawasan keadaan mangsa
- Denyutan nadi.
- Kadar penafasan.
- Tahap kesedaran.
- Air kencing.
- Suntikan Anti-Tetanus Toxoid untuk mengawal penyakit tetanus
- Suntikan anti-histamin untuk mengawal kesan alahan
- Suntikan anti-venom yang bersesuaian bagi gigitan ular.
- Pemberian oksigen mengikut keperluan.
- Infusi cecair secara intravena
- Rawat tanda dan simtom kejutan anafilaksis.
Pencegahan
-
Elakkan diri dan anak-kanak daripada memasuki kawasan yang gelap, semak-samun dan bangunan lama yang terbiar.
-
Sekiranya berjalan malam di tempat yang gelap hendaklah membawa lampu suluh.
-
Memakai kasut tebal, sarung tangan, berbaju lengan panjang dan berseluar panjang yang sesuai bila memasuki semak atau belukar.
-
Elakkan mengganggu dan menangkap haiwan berbisa.
-
Bersihkan rumah dan kawasan sekeliling daripada sampah-sarap dan semak-samun.
Rehabilitasi
-
Bagi mangsa yang terkoyak tisu anggota dan cacat anggota, rawatan fisioterapi diperlukan.
-
Rujuk mangsa kepada pegawai psikologi sekiranya mereka mengalami masalah tekanan mental akibat gigitan haiwan berbisa.
-
Nasihatkan mangsa agar mendapatkan rawatan susulan bagi memulihkan kecacatan fizikal dan gangguan emosi akibat gigitan haiwan berbisa.
Rujuk ke hospital
-
Semua kejadian sengatan atau gigitan haiwan berbisa hendaklah dirujuk ke hospital dengan segera.
-
Lakukan rawatan kepada mangsa bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk sebelum dirujuk seperti hentikan pendarahan dengan memakaikan balutan.
-
Kurangkan pergerakan mangsa dan anggota yang terkena sengatan.
-
Letakkan mangsa dalam posisi yang selesa semasa dalam perjalanan.
-
Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dalam posisi mengiring.
-
Bawa bersama ular, sekiranya berjaya dibunuh bagi memudahkan pengecaman jenis ular dan penentuan anti venom yang serasi untuk rawatan.
-
Temani mangsa hingga sampai ke hospital berdekatan.
Semakan akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Samasu bin Johari |
Akreditor | : | Mahadir bin Yunos |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |