Myopia atau nama lainnya rabun jauh adalah satu kondisi masalah mata dimana imej dekat dapat dilihat dengan jelas tetapi imej akan menjadi kabur jika dilihat pada jarak jauh ...
Gatal mata merupakan gejala okular biasa. Kegatalan mata sering berkait dengan kemerahan mata, sering menggosok mata, bengkak kelopak mata, fotofobia dan penglihatan kabur. Punca-punca utama penyakit gatal mata adalah konjunktivitis alahan, blefaritis, dan mata kering ...
Makula adalah bahagian saraf (retina) dalam mata yang paling penting untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul ...
Pterygium adalah ketumbuhan yang tidak berbahaya dan bukanĀ sejenis kanser. Ia terjadi pada konjuntiva iaituĀ tisu mukosa yang melitupi bahagian mata putih. Pterygium biasanya berbentuk segi tiga. Dalam sesetengah kes pterygium yang teruk akan melibatkan permukaan kornea iaitu bahagian tengah mata yang melitupi mata hitam. Kebiasaannya pterygium tidak mendatangkan masalah ...
Terdapat beberapa keadaan yang boleh memberi impak pada kedudukan kelopak mata.Kedudukan kelopak mata yang tidak normal boleh menjejaskan penglihatan kerana kelopak mata yang jatuh akan menghalang penglihatan. Kelopak mata yang tidak normal juga boleh menyebabkan bukaan mata lebih besar dan bulu mata menggosok kornea yang menyebabkan iritasi dan seterusnya pengaliran ...
Ptosis adalah keadaan dimana turunnya kelopak mata atas. Kelopak mata atas mungkin turun sedikit sahaja atau turun dengan banyaknya sehingga menutup anak mata. Ini mungkin akan menghalang penglihatan serta medan penglihatan. Ptosis boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua belah mata serentak. Penyebab Ptosis berlaku apabila ototĀ (levator muscle ...
Kornea adalah lapisan jernih terluar bahagian hadapan mata yang berbentuk kubah dan membantu memfokus cahaya ke retina. Ulser kornea (keratitis) adalah radang kornea yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Penyakit ulser kornea ini adalah serius dan boleh menyebabkan hilang penglihatan. Jangkitan kuman boleh berlaku apabila kuman memasuki kornea melaluiĀ luka atau ...
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Air mata adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidakĀ berkualiti ...
Pengenalan Mata letih dan sakit kepala ialah gejala yang biasa kita alami. Keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah mata seperti: Kegagalan akomodasi dan konvergens Rabun Penggunaan komputer berlebihan Penyakit saraf optik seperti Glaukoma dan Papiloedema. Apa Itu Akomodasi Dan Konvergens? Kuasa kanta kristalin membantu mata hasilkan imej jelas. Contohnya, apabila ...
Kesan laser keatas tisu mata adalah seperti berikut: Kesan haba Kesan āPhoto-disruptiveā Kesan āPhoto-ablativeā LaserĀ argon ialah jenis laser haba. Tenaga laser diserap oleh tisu yang disasarkan dan ditukarkan kepada haba seterusnya tisu akan mengeras. Neodyminium YAG ialah laser ādisruptiveā. Kesanāphotodisruptiveā dari YAG laser akan menghasilkanĀ bentuk seperti kawah dengan ...
Penglihatan yang terang adalah hasil dari cahaya yang melalui kornea, pupil dan kanta seterusnya akan difokus pada retina. Sekiranya kornea tidak sekata atau terlalu tajam (steep) atau leper (flat) berbanding dengan panjang mata, pancaran cahaya akan focus samada dihadapan atau dibelakang retina. Ini menyebabkan berlakunya rabun jauh, rabun dekat dan ...
Penglihatan terhad ialah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau keluasan medan penglihatan mengecil dan tidak dapat dibantu melalui rawatan perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada kedua-dua mata. Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama dengan mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan penglihatan terhad masih ...
Kejadian bendasing memasuki mata agak sering ditemui. Dalam kebanyakan kes, bendasing ditemui di bawah kelopak mata atau di atas kornea dan ia boleh dibuang dengan mudah. Bendasing juga boleh memasuki bola mata melalui luka akibat kecederaan tusukan. Pembedahan di perlukan bagi mengeluarkan bendasing jenis ini. 1. Bendasing di permukaan mata ...
Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman) ...
Mata merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal. Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis. 1. Ulser Kornea Kornea merupakan lapisan luar dan tengah mata. Permukaan ...
Hampir semua orang pernah mengalami sakit mata atau pedih/sengal mata. Selalunya sakit mata mungkin boleh hilang sendiri. Tetapi ia boleh juga merupakan petanda yang lebih serius. Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, dan juga struktur di keliling soket mata. Hampir ...
Pengenalan Terdapat berbagai keadaan yang boleh menyebabkan mata menjadi merah. Di samping merah, mata juga boleh merasa sakit atau pun tidak. Seperti yang dijelaskan di bawah tajuk yang lain, mata merah beserta sakt atau kabur penglihatan memerlukan rawatan perubatan yang segera. Keadaan yang sering menyebabkan mata merah tanpa merasa sakit ...
Pengenalan Air mata berlebihan boleh disebabkan oleh dua mekanisma, penghasilan air mata berlebihan atau penyumbatan pada saliran air mata. Kadangkala kedua-dua mekanisma tersebut boleh berlaku serentak. Air mata dihasilkan oleh kelenjar lakrimal yang terletak pada bahagian lateral mata. Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua lubang kecil yang dipanggil ...
Pengenalan Fotofobia (sensitif terhadap cahaya) ialah suatu gejala di mana mata menjadi sensitif yang melampau terhadap cahaya seterusnya pesakit yang mengalami simptom ini akan cuba mengelak dari cahaya matahari atau tempat terang. Pesakit yang mempunyai masalah fotofobia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata atau sistem urat saraf ...
Pengenalan Mata merupakan satu organ yang komplek dengan beberapa bahagian yang penting. Bagi membolehkan mata berfungsi dengan baik untuk menghasilkan penglihatan yang normal, setiap bahagian mata perlulah normal dan sihat. Kabur penglihatan akan terjadi sekiranya ada gangguan dalam laluan cahaya dari bahagian hadapan mata iaitu kornea kebahagian belakang mata iaitu ...
Pengenalan Kecederaan mata adalah merupakan kes kecemasan yang sering dirujuk dan dilihat di hospital. Ini boleh berlaku akibat dari pergaduhan, terjatuh, terdedah pada bahan kimia atau bendasing di tempat kerja atau kemalangan jalanraya. Adalah sangat penting sekiranya orang awam dan pengamal perubatan awam dapat membezakan di antara kecederaan mata akibat ...
Pengenalan Retina merupakan lapisan nipis tisu saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat sensitif pada cahaya. Apabila lekangan retina berlaku, lapisan retina akan terangkat dari kedudukan asal. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal. Gambar menunjukkan retina yang lekang dan koyak Gambarajah menunjukkan koyak ...
Pengenalan Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan jelas. Objek yang dilihat difokuskan ke atas retina. Ini dicapai melalui kuasa menumpu yang terdapat pada kornea dan kanta. Apabila imej tidak difokuskan dengan tepat di atas retina, maka rabun terjadi. Keadaan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan ianya boleh ...
Pengenalan Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata. Gambar mata konjunktivitis disebabkan virus (merah dan berair) Gambar mata konjunktivitis disebabkan bakteria (merah dan ...
GLAUKOMA
Glaukoma adalah penyakit yang rumit di mana kerosakan berlaku pada saraf optik yang progresif dan boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal. Glaukoma adalah merupakan penyebab kedua kebutaan kekal. Glaukoma biasanya dirawat dengan ubat titis mata dan atau laser. Kebanyakan kes, glaukoma boleh dikawal dengan rawatan tersebut, lantas kehilanga penglihatan yang ...
KATARAK
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran dan menyebabkanĀ gangguan penglihatan. Rawatan bagi katarak adalah pembedahan mengganti kanta mata. Tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Bila Disyorkan Untuk Pembedahan Katarak ...
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan. Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan ...
JULING
Juling atau strabismus merujuk kepada keadaan di mana kedua-dua mata tidak sejajar atau selari. Ia juga dikenali sebagai mata bersilang, mempunyai ciri-ciri mata yang tidak melihat ke arah sesuatu objek serentak. Mata boleh bersilang, atau mata boleh melihat ke arah berlainan. Ini mungkin berlaku sepanjang masa atau pada masa tertentu ...
Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah mata tidak selari. Mata yang tidak melihat dengan baik juga boleh menjadi juling. Ia boleh terjadi sewaktu lahir, peringkat kanak-kanak atau dewasa. Juling yang berlaku pada orang dewasa biasanya disebabkan oleh penyakit vaskular seperti diabetis (kencing manis) atau darah ...