Pengenalan
Tulang tumit adalah tulang yang terbesar di kaki dan fungsi utamanya adalah untuk menyerap hentakan semasa bergerak.Ā“Heel spurĀ“ adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit ( pada bahagian bawah tulang ).Ā“Heel spurĀ“ selalunya berkaitan dengan radangan Ā“plantar fasciaĀ“. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada tumit dan kesakitan ini bertambah teruk semasa bergerak.
Penyebab
Ā“Heel spurĀ“ terjadi disebabkan oleh bonjolan tulang yang abnormal pada tulang tumit (pemendakan garam kalsium yang berlaku akibat ketegangan plantar fasia ). Ketegangan ini boleh berlaku kepada individual tertentu yang mempunyai tapak kaki yang abnormal ( high arch atau flat feet ). Perempuan mempunyai risiko yang lebih dari lelaki untuk mengalami Ā“heel spurĀ“ disebabkan jenis pemakaian kasut.
Diagnosa
Ā“Heel spurĀ“ boleh didiagnosa oleh gambar sinar X dan melalui pemeriksaaan klinikal.
Rawatan
Rawatan utama untuk Ā“heel spurĀ“ adalah untuk mengenal pasti punca ketegangan plantar fasia. Jika puncanya adalah Ā“flat feetĀ“ ,penggunaan alat bantuan (lapisan di dalam kasut) dapat mengembalikan posisi tapak kaki ke normal dan mengurangkan kesakitan.
Rawatan lain termasuk latihan senaman kaki , kurangkan berat badan , memakai kasut yang mempunyai tapak dalaman yang lembut , memakai alat bantuan ( heel cup ) yang akan menyerap bebanan dan hentakan semasa bergerak
Semakan Akhir | : | 01 Mei 2012 |
Penulis | : | Dr. Azaiddin Akasah |
Penyemak | : | Dr. Heselynn Hussein |