A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Sunburn (Selaran Matahari)

Sunburn (Selaran Matahari)

Sunburn atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar

Pengenalan

Sunburn atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari (radiasi ultraviolet) dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan, berkayak dan aktiviti-aktiviti lain tanpa penggunaan pelindung kulit.

Tanda/Gejala

Kesan sederhana :

  • Kulit menjadi merah dan sedikit bengkak
  • Gatal
  • Kulit panas dan kering
  • Mungkin mengalami sedikit kesakitan pada otot
  • Kulit menggelupas selepas beberapa hari

Kesan teruk :

  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Kulit menjadi sensitif dan terasa sakit bila disentuh
  • Demam
  • Loya dan sakit kepala
  • Rasa sejuk dan lemah badan

Komplikasi

Pendedahan kepada cahaya matahari  yang lama akan menyebabkan sunburndi mana ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Ini termasuk jangkitan, penuaan kulit yang pramatang (photoaging), kanser kulit dan kerosakan mata.

Rawatan

Di tempat kejadian :

  • Mandi atau berendam dalam air sejuk
  • Selimutkan bahagian yang terlibat dengan kain yang lembap.
  • Sapukan losyen pelembap pada kawasan yang terlibat
  • Sekiranya kulit melepuh jangan pecahkan
  • Sekiranya perlu bolehlah mengambil penahan sakit seperti panadol.
  • Jangan gunakan ‘butter’, putih telur,’Petroleum jelly (Vaseline)’ atau produk-produk yang berasaskan minyak  ke atas kulit yang mengalami sunburn.
  • Pastikan minum banyak air.

Di hospital :

Rawatan khusus akan diberikan oleh doktor sekiranya kulit mangsa melepuh, gatal atau mangsa mengadu demam.

Pencegahan

  • Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama terutama semasa matahari terik.
  • Gunakan pelindung yang sesuai untuk mengelak daripada terkena sinaran matahari yang terik.
  • Guna pakaian yang sesuai dan kaca mata hitam untuk mengelak daripada terkena kesan cahaya ultra violet.
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum membuat sebarang aktiviti di bawah sinaran matahari yang terik.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Yusof b. Ismail
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Demam Panas: Rawatan Awal

Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.

Dipatuk Ular : Rawatan Awal

Secara umumnya, serangan ular terbahagi kepada 2 iaitu mematuk atau menggigit dan membelit. Terdapat ular yang tidak mempunyai bisa (venom) tetapi mampu menggigit dan membelit. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.

Pendarahan Telinga

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,852

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia