Pengenalan
Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.
Sebab-Sebab
- Gegendang telinga pecah atau berlubang
- Kecederaan pada telinga
- Kecederaan teruk pada pangkal tengkorak (base of skull)
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Ketidakselesaan telinga akibat perbezaan tekanan udara kepada telinga
- Akibat kemasukan benda asing
- Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat/bising
Tanda/Gejala
Lokaliti :
- Lelehan darah dari telinga
- Bunyi berdengung dalam telinga (tinnitus)
- Sakit dalam telinga
- Kurang pendengaran
Sistemik :
- Demam
- Sakit kepala
- Rasa tidak seimbang (dizziness)
Rawatan
Di tempat kejadian :
- Bersihkan bahagian telinga dengan kapas jika tiada luka
- Letak kapas di cuping telinga dan tampal dengan plaster
- Jangan cuba keluarkan benda asing yang tercucuk
- Dapatkan bantuan dan hantar mangsa ke hospital
Di hospital :
- Mangsa akan diperiksa menggunakan otoskop atau mikroskop untuk pastikan punca pendarahan
- Rawatan akan diberi mengikut tatacara yang ditetapkan
Pencegahan
- Elakkan meletak sebarang benda tajam dalam telinga
- Jangan bersihkan telinga semasa lelehan darah berlaku
Rehabilitasi
- Sentiasa amalkan kebersihan telinga
- Ambil ubat seperti diarahkan
- Patuh kepada rawatan susulan sekiranya perlu
Rehabilitasi
- http://www.caramenyembuhkanpenyakitginjal.com
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Yusof b. Ismail |
Akreditor | : | Zulhelmi bin Abdullah |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |