A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Minda Anda
  8. /
  9. Pemikiran Abstrak

Pemikiran Abstrak

Pemikiran abstrak adalah suatu idea atau konsep mengenai sesuatu yang tidak konkrit (tidak boleh disentuh atau dilihat).

Pemikiran abstrak adalah suatu idea atau konsep mengenai sesuatu yang tidak konkrit (tidak boleh disentuh atau dilihat).  

Satu contoh image rosarch – Pada pendapat anda, apakah itu?

Apakah peringkat-peringkat kemahiran dalam pemikiran abstrak?
Ingatan, Diskriminasi, Keutamaan, Makluman

Ini adalah kemahiran asas dalam pemikiran kritikal:

  • Mengingati fakta-fakta
  • Menyatakan perbezaan antara idea-idea (diskriminasi)
  • Menentukan apa yang lebih penting (keutamaan)
  • Maklumkan pemikiran anda kepada orang lain

Membuat kesimpulan yang wajar

  • Untuk menyatakan hubung kait antara dua atau lebih idea
  • Untuk memahami hubungan semula jadi

Menentukan matlamat

  • Membuat satu sasaran yang boleh dicapai dan berusaha ke arah itu
  • Sasaran ini merupakan idea abstrak pemikiran anda

Aplikasi pengetahuan

  • Menggunakan apa yang anda ketahui dalam menyelesaikan masalah kehidupan
  • Anda mungkin perlu menukar, memaklumkan mendemonstrasikan atau mengajar orang lain untuk mengetahui apa yang anda ingin
  • Anda mungkin perlu mengubah persekitaran juga untuk mencapai matlamat anda

Penilaian hasil yang dijangkakan
Bila anda mengambil tindakan, fikirlah akibat kemungkinannya jika tindakan yang anda ambil mungkin berjaya mencapai matlamat anda.

Apakah yang terjadi jika anda mempunyai masalah dalam pemikiran abstrak?

Anda menghadapi masalah:

  • Memahami idea-idea baru
  • Memahami gurauan, komen yang abstrak
  • Memahami maklumat dan hubung kait yang tidak jelas
  • Memahami sebab-sebab yang ada dalam pembelajaran atau perbincangan
  • Memahami jawapan menyeluruh, strategi dan idea kepada situasi baru, sebab anda tidak dapat melihat perkaitannya

Jika anda mempunyai masalah dengan pemikiran abstrak, anda mungkin:

  • Tidak berupaya mempelajari sesuatu yang khusus
  • Kesukaran belajar
  • Kecenderungan mendapat autisme (sejenis tidak keupayaan dalam pembelajaran)

Sila berbincang dengan guru, ibu bapa / penjaga atau doktor jika anda mempunyai sebarang masalah tersenarai diatas atau kesukaran memahami perkara-perkara di atas.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam pemikiran abstrak?

  • Elakkan menggunakan bahasa yang keras
  • Elakkan membuat sindiran
  • Sediakan contoh yang konkrit dan jelas untuk menerangkan idea-idea baru dan sukar
  • Gunakan bahasa yang mudah
  • Sediakan bahan pembelajaran yang mudah dan jelas
  • Pecahkan perkara-perkara yang sukar kepada bentuk kecil yang lebih mudah dan dikendalikan untuk mencapai matlamat

Sila rujuk guru pendidikan khas, pakar klinikal atau pendidikan psikologi untuk bantuan apabila diperlukan.

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Pn Norlizar Abd. Razak
Akreditor : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh

 

Artikel Berkaitan

Tugasan Sekolah

Kebanyakan pelajar amat benci menyiapkan kerja sekolah! Kerja-kerja sekolah menjadi

Perkembangan Kognitif dalam Remaja

Kemahiran kognitif akan bertambah dengan kematangan dan pengalaman. Perkembangan kognitif terjadi pada kadar berbeza (ada yang lambat berbanding dengan yang lain) dalam semua orang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia