A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN X-RAY ABDOMEN

PEMERIKSAAN X-RAY ABDOMEN

Prosedur X-ray

X-ray abdomen adalah pemeriksaan pengimejan untuk melihat keadaan organ di dalam abdomen seperti hati, limpa, hempedu, diafragma, perut, usus kecil dan besar. Manakala X-ray KUB (kidneys, ureters and bladder) pemeriksaan abdomen yang tertumpu kepada keadaan organ buah pinggang (kidneys), salur ginjal (ureters) dan pundi kencing (bladder).

Biasanya pemeriksaan akan dijalankan dengan pesakit baring dan menghadap tiub X-ray.

Pemeriksaan X-ray Abdomen Dilakukan Bagi Gejala Berikut

  • Sakit perut samada secara akut atau kronik akibat radang seperti kolesistitis (keradangan pundi hempedu) akut, keradangan pada apendiks akut atau kolik renal kerana kehadiran batu karang.
  • Kembung perut yang mungkin disebabkan oleh halangan dalam usus kecil dan besar.

pemeriksaan_radiologi_abdomen_1Gambar 1: X-ray abdomen

Persediaan

Secara umumnya, persediaan usus perlu dilakukan sebelum menjalani pemeriksaan X-ray abdomen dan KUB. Objektif utama persediaan usus adalah untuk mengosongkan usus sebelum menjalani pemeriksaan. Usus perlu dibersihkan dari sebarang najis serta zarah makanan bagi mengelakkan gangguan dan tersalah diagnosis penyakit. Doktor akan menerangkan tentang cara membuat persediaan usus (jika perlu).

Pesakit perlu memakai pakaian yang disediakan oleh pihak hospital untuk pemeriksaan X-ray abdomen dan KUB.

Pemeriksaan X-ray dilakukan oleh Juru X-ray. Pesakit wanita yang mengesyaki dirinya hamil, perlu memaklumkannya kepada doktor dan Juru X-ray. Pemeriksaan mungkin perlu ditangguhkan jika pesakit hamil atau disyaki hamil.

 

Semakan Akhir : 12 Mei 2016
Penterjemah : Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Physiotherapy Management on Chondromalacia Knee

The cartilage under your kneecap/patella is a natural shock absorber. It provides a smooth glistening surface that allows joints to move smoothly. Overuse, injury or other factors may damage or wear away the cartilage and lead to a condition known as Chondromalacia knee/ patella.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia