A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. HYSTEROSALPINGOGRAM

HYSTEROSALPINGOGRAM

Hysterosalpingogram, atau HSG adalah salah satu ujian yang dijalankan ke atas seorang wanita yang mengalami masalah kesuburan. HSG adalah satu ujian untuk menentukan sama ada terdapat keabnormalan pada tiub fallopio wanita dan struktur rahim. Ia  adalah satu ujian radiologikal yang dijalankan di Jabatan Radiologi. Semasa ujian HSG dilakukan, sejenis kontras radiografik (pewarna) akan disuntik ke dalam rahim melalui bukaan pada pangkal rahim. Kontras ini akan melalui rahim dan tiub fallopio kemudian akan memasuki rongga abdomen jika tiub fallopio tidak mengalami sebarang penyumbatan.

 

1

3
Gambar 1 : Hysterosalpingogram

 

HSG akan mengenal pasti jika terdapat sumbatan di tiub fallopio dan juga dapat menunjukkan lokasi sumbatan ini sama ada di pangkal berhampiran dengan rahim atau di hujung tiub fallopio (hujung/ distal) . 

2 Gambar 2 : HSG yang normal

 

3 
Gambar 3 : HSG yang menunjukkan penyumbatan hujung tiub falopion yang mengakibatkan tiub menjadi besar.

Selain mengenal pasti penyumbatan pada tiub fallopio, HSG juga boleh mendiagnosa sebarang keabnormalan pada rahim seperti sebarang kecacatan/keabnormalan kongenital pada rahim, polip, fibroid atau tisu parut pada rahim.6

4
Gambar 4 : Kelainan semula jadi rahim

Pemeriksaan HSG adalah ujian yang ringkas dan cepat. Ia biasanya dilakukan di Jabatan Radiologi oleh doktor yang bertugas di jabatan tersebut. Sebelum ujian dijalankan, pesakit perlu mendaftar. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

  • Pesakit akan berbaring dengan posisi “frog leg”.
  • Doktor akan memasukkan alat spekulum ke dalam faraj untuk melihat pangkal rahim atau serviks.
  • Sejenis alat plastik lembut atau kateter akan dimasukkan melalui bukaan pada pangkal rahim ke dalam rahim. Kadangkala bagi sebahagian pesakit, alat yang dikenali sebagai uterine sound akan dimasukkan ke dalam rahim dan volselum digunakan untuk memegang pangkal rahim
  • Kontras akan disuntik secara perlahan ke dalam rahim dan beberapa siri xray akan diambil sebelum dan selepas kontras disuntik.
  • Kadangkala, pesakit juga akan diminta berbaring ke sisi sebelah kiri dan kanan untuk membolehkan gambar x-ray yang lebih jelas dihasilkan.
  • Selepas prosedur selesai semua alat-alatan akan dikeluarkan dari rahim dan pangkal rahim.
  • Pesakit akan berbaring selama beberapa minit untuk menghilangkan rasa sakit atau kurang selesa di bahagian abdomen.
  • Keputusan daripada ujian HSG akan diketahui terus dan biasanya hasil ujian ini boleh dibincangkan dengan doktor di bahagan sakit puan supaya perancangan rawatan yang seterusnya dapat dilakukan.

Ada kajian yang melaporkan bahawa kemungkinan untuk hamil selepas ujian HSG adalah sedikit tinggi dalam masa beberapa bulan selepas ujian ini dilakukan. Ini mungkin disebabkan oleh suntikan kontras ke dalam tiub fallopio boleh menghilangkan sumbatan-sumbatan kecil di dalam tiub tersebut.

Antara komplikasi yang boleh terjadi sewaktu ujian hysterosalpingogram termasuk reaksi alahan kepada kontras, ini akan menyebabkan ruam tetapi biasanya tidak akan menyebabkan komplikasi yang serius. Komplikasi yang lain seperti jangkitan kuman pada pelvik terutamanya kepada pesakit yang berisiko tinggi.

Antara pesakit yang berisiko tinggi adalah yang mempunyai risiko penyakit tularan seks. Bagi pesakit-pesakit ini, swab vagina harus diambil sebelum ujian ini dilakukan dan sebaiknya pesakit diberi antibiotik profilaksis sebelum prosedur dijalankan.

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2017
Penulis / Penterjemah : Dr. Murizah Bt. Mohd Zain
Akreditor : Dato’ Dr. Mohd Rushdan Md Nor

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia