Apa Itu Peralatan Tambahan & Aksesori Yang Biasa Digunakan?
Barang kelengkapan yang biasanya digunakan dengan atau ditambahkan kepada peralatan utama yang lain untuk keselesaan dan/ atau keselamatan pesakit.
Bila Diperlukan dan Tujuan Digunakan?
- Ia diperlukan untuk menjadikan radiograf yang dihasilkan mempunyai nilai diagnostik yang tinggi, memberi keselesaan dan keselamatan kepada pesakit.
- Ianya digunakan didalam semua pemeriksaan yang dijalankan yang memerlukan mengikut jenis pemeriksaan dan keadaan pesakit.
Bil. | Contoh Peralatan Tambahan & Aksesori Digunakan | Keterangan |
1. |
Alat Penanda Anatomi Kanan ( R ) Dan Kiri ( L ) Alat yang digunakan untuk menandakan bahagian kanan (R) dan bahagian kiri (L) anggota badan. |
|
2. |
Kaset X-ray Digunakan untuk meletakkan alat perakam imej semasa pemeriksaan radiografi am bagi melindungi filem x-ray dari terdedah kepada cahaya yang boleh mengakibatkan kerosakan. |
|
3. |
Mesin Pencetak Imej Digital Alat yang digunakan untuk mencetak imej ke atas filem untuk dijadikan hardcopy. |
|
4. |
Alat Perlindungan Sinaran Untuk melindungi pesakit dan staf dari radiasi serakan semasa pemeriksaan dijalankan. |
|
5. |
Alat Cegah Gerak Alat seperti span atau buntil pasir yang digunakan oleh Juru X-ray untuk membantu memposisi pesakit supaya pesakit berada dalam stabil dan selesa. Kebiasaannya alat cegah gerak digunakan kepada pesakit kanak-kanak dan pesakit trauma. |
Rujukan
- http://dictionary.reverso.net/english-cobuild/accessory
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Zaidah binti Maspin |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |