A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN BARIUM ENEMA

PEMERIKSAAN BARIUM ENEMA

Apakah Pemeriksaan Barium Enema?

  • Pemeriksaan khas radiologi untuk mengkaji sistem usus besar. Sejenis media kontras iaitu barium sulphate dimasukkan ke dalam usus besar menggunakan sejenis tiub kecil melalui dubur dan seterusnya angin akan dimasukkan untuk pemeriksaan yang lebih teliti dengan menggunakan peralatan floroskopi.
  • Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem usus besar dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui usus besar dan memenuhi keseluruhan sistem usus besar untuk mengenalpasti sebarang abnormaliti pada usus besar. Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh pakar radiologi bersama Juru X-ray dan dibantu oleh jururawat.

(a)                                                                                                          (b)

Gambar 1; (a) Media kontras dimasukkan ke dalam usus besar menggunakan tiub melalui dubur, (b) Imej sistem usus besar yang dipaparkan di skrin monitor.

Sumber: (a) www.hopkinscoloncancercenter.org, (b) barium1 www.alfascan.com.eg

Bila Pemeriksaan Diperlukan?

Pemeriksaan barium enema dilakukkan untuk mencari punca masalah yang terdapat pada usus besar. Di antara permasalahan yang memerlukan pemeriksaan barium enema dilakukan adalah:

– Ketumbuhan pada usus

– Penyakit kanser usus

– Penyakit jangkitan pada usus

Bagaimana Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.

Persediaan Pemeriksaan

  • Untuk pemeriksaan barium enema, pembersihan usus besar mesti dilakukan satu hari sebelum tarikh pemeriksaan dijalankan. Anda mesti mematuhi segala arahan-arahan yang diberikan semasa mendapatkan temujanji pemeriksaan: Di antara arahan tersebut adalah perlu berpuasa sekurang-kurangnya selama 6 jam sebelum pemeriksaan dijalankan dan anda akan diberikan ubat julap untuk dimakan selepas makan malam sehari sebelum hari pemeriksaan dijalankan. bagi pembersihan usus.
  • Sila bawa bersama kad klinik/ buku klinik dan filem-filem X-ray lama termasuk filem barium enema terdahulu (jika ada).

Sebelum Pemeriksaan

  • Anda akan ditanya samada anda telah mematuhin arahan persediaan untuk pemeriksaan barium enema.
  • Sila maklumkan kepada juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Juru X-ray akan menerangkan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan.
  • Anda diminta agar menukar pakaian dan menggunakan gaun hospital yang disediakan.

Semasa Pemeriksaan

  • Anda diminta baring di atas meja pemeriksaan.
  • Pakar radiologi akan memasukkan sejenis media kontras iaitu barium sulphate ke dalam usus besar menggunakan sejenis tiub kecil melalui dubur.
  • Selepas itu, beberapa siri imej X-ray akan diambil oleh pakar radiologi.
  • Pemeriksaan ini mengambil masa antara 30 – 60 minit.

Selepas Pemeriksaan

  • Selepas pemeriksaan barium enema, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Anda digalakkan mengambil banyak minuman air kosong dalam masa 24 jam selepas pemeriksaan.
  • Najis akan berwarna putih untuk beberapa hari selepas pemeriksaan.
  • Jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami masalah sembelit beberapa hari selepas pemeriksaan dijalankan.

Laporan Pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Privasi

  • Pihak Jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.

Rujukan

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Lower_gastrointestinal_series
  2. https://www.nlm.nih.gov
  3. www.medicinenet.com
  4. www.radiologyinfo.org/

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Mohammad Saharuni bin Ibrahim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAT BANTUAN POSISI PESAKIT

Aksesori ini digunakan untuk memberi sokongan kedudukan pesakit semasa menjalani rawatan. Pemilihan alat bantuan posisi ditentukan mengikut bahagian badan pesakit yang dirawat agar bersesuaian dengan teknik dan pelan rawatan serta mengambil kira keadaan fizikal pesakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia